Sistem pendidikan Jepun berteraskan nilai murni, bukan peperiksaan
Namun, ini bukan hasil daripada sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan atau menghafal buku teks.
“Bagi enam tahun pertama, semua kanak-kanak diajarkan bagaimana untuk menghayati alam semula jadi, menjaga disiplin masa, menghormati orang tua dan menyayangi diri sendiri,” ulas Dr. Hanny Zurina Hamzah, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi di Universiti Putra Malaysia.
Murid-murid di Jepun juga tidak perlu menduduki peperiksaan besar sehingga mereka memasuki tahap sekolah menengah.
“Hanya pada tahap sekolah menengah, mereka mula didedahkan kepada ilmu pengetahuan, contohnya subjek sains dan pelajaran teknikal,” kata Dr. Hanny.
Dr. Hanny membincangkan tentang perbezaan antara sistem pendidikan di Jepun dan Malaysia menerusi temubual dalam segmen Awani Pagi pada Sabtu.
Turut dipersoalkan, sama ada pendidikan patut diukur berdasarkan nilai komersial dan berteraskan kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan.
Susulan cadangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Sekolah Rendah Tahun 4 SJKC dan SJKT mulai tahun 2020, tercetus persoalan mengenai apa sebenarnya kepentingan di sebalik sesuatu subjek.
“Sebenarnya, apa tujuan kita belajar? Jika kita lihat sistem pendidikan di Jepun, mereka banyak terapkan nilai murni sejak sekolah rendah lagi,” kata Dr. Hanny.
Tambah beliau, “Saya rasa sistem pendidikan di Malaysia seharusnya tanamkan kepentingan moral dan adab dalam kanak-kanak sejak kecil.”
“Kita sering tertumpu kepada peperiksaan dan mendapat keputusan ‘straight A’ tetapi nilai murni tidak diutamakan.”
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan potensi negara menjadi yang pertama mempunyai universiti dari negara matahari terbit itu, dengan University of Tsukuba yang dilihat menjadi pilihan yang paling serius.
Dr. Hanny amat mengalu-alukan idea tersebut yang bakal melihat perkongsian budaya dan ilmu antara kedua-dua negara itu, selaras dengan Dasar Pandang ke Timur.
* Gambar pakai Yukata musim panas tu memang saya tengah kurus, sibuk nak habiskan PhD, tinggal tahun akhir.
Video - Sistem Pendidikan di Jepun
No comments:
Post a Comment