Thursday, March 31, 2011

Hari Terakhir


Hari ini hari terakhir Hazim ke みなと保育所(Tadika). Hari ini juga hari terakhir Haziq ke 風師児童館(pusat jagaan kanak-kanak lepas sekolah). Lepas ini cuma Hazim sahaja yang akan terus ke pusat jagaan nih. Haziq dah darjah 3 jadi balik sekolah pun lambat, boleh terus balik rumah.

Pagi-pagi buatkan roti jala dan kari untuk beri kat cikgu sekolah Haziq dan Hazim sebagai tanda terima kasih. Sebelum nih pernah buatkan untuk cikgu Tadika tapi untuk pusat jagaan nih belum pernah lagi. Nak balik ambil Haziq dan Hazim, diaorang cukup suka dan asyik kata sedap roti jala dan kari. Rata-rata terpegun tengok roti jala sebab tak terbayang cara buatnya. Jenuh nak cerita.

Sedih bila cikgu yang jaga pusat jagaan kanak-kanak, Ishii Sensei akan bertukar ke tempat lain. Baik cikgu nih dengan Haziq. Sebelum nak balik, dia kata kenangan pasal kami yang paling dia ingat ialah waktu pusat jagaan kanak-kanak tukar tatami yang baru, cuma Ummi dan Haziq yang kata bau tatami (tikar Jepun yang dibuat menggunakan sejenis rumput nama Igusa) yang baru tuh wangi, bau pokok/hutan. Budak-budak Jepun yang lain semua tak suka bau tatami, kata diaorang busuk.

Bergambar waktu Graduasi Hazim dengan dua orang guru kelas Hazim (Kikutake Sensei & Morinaga Sensei) dan guru besar Tadika, Watanabe Sensei

Waktu ambil Hazim pula, sempat bagi alamat Malaysia pada seorang cikgu Haziq yang lama, Sasaki Sensei. Cikgu nih memang suka melancong. Dia selalu kata kalau kami dah balik Malaysia, dia nak jalan-jalan ke Malaysia pula. Rata-rata, semua cikgu tadika kata sedap roti jala dan kari. よかった。Nasib baik buat kari kurang pedas. Hazim tak tunjuk sedih langsung nak tinggalkan tadika. Dia lagi suka nak masuk darjah 1 sebab boleh pergi satu sekolah dengan Haziq. Ummi jer rasa sedih nak tinggalkan tadika sebab sejak 5 tahun yang lepas banyak dapat belajar dengan cikgu-cikgu tadika Jepun nih.


Monday, March 28, 2011

Istana

Petang-petang ajak Hazim melukis. Ada istana warna biru, pokok, depan pokok ada bunga warna purple dan kuning. Nampak gambar kohai jalan-jalan ke UK, ada gambar bunga warna purple dan kuning. Menarik gabungan dua warna ini.

Lepas dah siap, Hazim buat satu cerita dongeng kata ada adegan gaduh-gaduh, lepas itu orang tuh lari masuk istana tapi ada orang kejar. Dia cuba lari ke jalan tapi ada batu banyak. Tak boleh jalan. Lebih kurang macam itulah jalan ceritanya tapi Ummi dan Haziq suka dengar. Lawak....

Cuti musim bunga Haziq dah bermula tapi kami tak pergi jalan ke mana-mana pun. Haziq nak kena belajar bacaan dalam sembahyang, Iqra, jawi dan siapkan kerja sekolah darjah dua. Duduk jauh dari Malaysia kenalah ajar anak-anak sendiri semuanya. Nasib baik takde projek sains. Kalau tidak kena lah sama-sama kaji ulat, serangga, anak pokok sayur dan macam-macam dengan Haziq. Cuma dua minggu saja cuti sekolah Haziq. Hazim pula hujung bulan 3 sahaja boleh ke tadika. Lepas ini, kena sedia nak masuk darjah 1. 頑張ろう!

Fieldwork

Credit to Amazon

Bila buat fieldwork, tak banyak buku yang boleh rujuk secara keseluruhan tapi buku di atas bagus untuk pelajar PhD yang nak masukkan analisis fieldwork dalam dissertation nanti. Bukunya agak tebal tapi kandungannya banyak kepada nak pungut data dari survey dan interview. Ada juga cara nak kira data secara statistik tapi siapa yang takde asas statistik agak sukar nak faham (atau saya sahaja?).

Tak ramai student PhD (di Jepun) dalam bidang ekonomi yang buat fieldwork (現地調査) sebabnya semuanya suka buat econometrics. Formula sana sini. Cuma sejak akhir-akhir ini ada yang buat questionnaire. Masalahnya kalau buat questionnaire, percentage questionnaire yang kembali sangat sedikit. Nak kena follow-up pula tuh. Tapi kalau buat 現地調査, boleh terus dapat jawapan pada soalan dan balik boleh terus analisis.

Jadual untuk fieldwork bulan 5 dah hampir siap. Tinggal tunggu respons dari beberapa orang. Nak dapatkan interview di Thailand paling susah. Malaysia pun susah juga kalau tak tahu orang dalam. Yang penting sebenarnya connection/network. Kalau terus contact melalui website memang tak di layan. Terutamanya kilang yang besar-besar. Lagi satu, surat sokongan dari Supervisor pun penting. Oh ya, sponsor juga penting!! tapi apa nak buat universiti cuma boleh sponsor sekali dalam masa tiga tahun sahaja:(

Friday, March 25, 2011

Graduasi Hazim

Lamanya tak update blog. Macam-macam perkara terjadi di sini sejak dua tiga minggu yang lalu. Gempa bumi, tsunami, radiasi, graduasi dan pelbagai -si lagi...

Kami tinggal jauh di selatan Jepun jadi tidak terkena sebarang kesan dari gempa bumi dan tsunami. Air laut depan rumah ada naik 40cm tetapi tidak ada yang perlu dibimbangkan. Kesan radiasi pula, jauh lagi dari tempat nuklear jadi kehidupan kami seperti biasa. Cuma di supermarket, ada ditampal pemberitahuan yang pengguna tidak boleh membeli air mineral, tisu tandas, mee segera dengan kuantiti yang berlebihan kerana pengeluaran adalah terhad.

Minggu lepas, hari Sabtu, Hazim ada majlis graduasi dari tadika (nak masuk darjah 1 bulan 4 ini). Majlis bermula dengan ucapan dari guru besar, wakil ibubapa, wakil dari sekolah rendah dan penyerahan sijil bermula. Menariknya selepas sijil diambil oleh kanak-kanak tadika, mereka pergi ke tempat ibu/bapa untuk menyerahkan sijil graduasi sambil berkata "terima kasih, mak. Bila besar nanti saya nak jadi ......". Hazim kata dia nak jadi 冒険家 (adventurer). Kebanyakkan ibu-ibu yang hadir mengalirkan air mata melihat anak-anak mereka selamat menerima sijil. Biasalah. Bila masuk alam persekolahan, bermula satu cabaran baru. Kena sama-sama berusaha.

Hazim dengan tanda "peace". Pakai badge 1Malaysia lagi untuk nampak lain dari yang lain.

Antara ucapan/surat tahniah dari guru-guru tadika yang telah bertukar ke tempat lain. Ada juga yang menghantar jambangan bunga (letak di sebelah pentas) sebagai meraikan majlis graduasi.

Bila dah habis dapat sijil, ada nyanyian dari kawan-kawan kelas Hazim. Hazim nampak agak nervous sambil menyanyi. Majlis diakhiri dengan seorang demi seorang kanak-kanak yang telah grad turun dari pentas sambil membawa sekuntum bunga tulip dan berdiri di tengah-tengah tempat majlis. Setiap seorang beritahu selepas ini mereka akan bersekolah di mana. Hazim akan pergi ke sekolah yang sama dengan Haziq. Suka betul bila nak sekolah dengan Haziq. Beritahu Haziq suruh jaga Hazim kat sekolah rendah baik-baik.

卒園、おめでとうHazim!!!!Sayang anak Ummi. Rajin-rajin belajar lepas ini ya!.


Wednesday, March 09, 2011

Tumpuan

Sejak akhir-akhir ini terasa susah nak beri tumpuan 100% pada buku, journal. Kalau baca pun mesti fikiran melayang. Fikir nak kena buat apa hari ini, tugasan apa yang tak selesai, apa barang yang dah habis kat rumah dan kena beli dan yang paling selalu fikir, pasal fieldwork bulan 5.

Setakat ini, hampir 50% dah bagi jawapan kata OK untuk lawatan ke kilang dan interview. Semalam dapat book appointment dengan salah satu key person dalam JMEPA. Ingatkan dah putus harapan sebab tunggu dia reply pun dah dua minggu, tapi takde jawapan. Rupa-rupanya dia kerja kat Jepun sekejab. Harap-harap interview dengan dia nanti berjalan lancar. Balik dari filedwork nanti ada defense presentation, jadi bolehlah bentang pasal technology transfer dalam JMEPA, inshaAllah.

Haziq dan Hazim pun dah sihat dari influenza Type B. Berbanding dengan influenza type A, B nih agak ringan tapi berpanjangan. Sekejab suhu badan naik, kejab turun, batuk pun tak baik lagi, selsema masih ada sikit-sikit. Tapi mulai dari semalam, setelah cuti seminggu duduk rumah, Haziq dan Hazim pergi sekolah. Balik dari sekolah, tengok muka dua orang macam penat. 19hb ini, Hazim ada majlis graduasi tadika dia. Dah besar anak Ummi!. Bulan 4 nak masuk darjah 1. Bila nak dapat girl pula?. Hoho....

Tuesday, March 01, 2011

Popcorn


Semalam baru dapat buku はらっぱ yang ada sajak Haziq. Bila baca apa yang Haziq tulis lawak betul. Terutamanya bila sampai 「だれかたすけて」。Haziq らしい!