Thursday, March 31, 2011

Hari Terakhir


Hari ini hari terakhir Hazim ke みなと保育所(Tadika). Hari ini juga hari terakhir Haziq ke 風師児童館(pusat jagaan kanak-kanak lepas sekolah). Lepas ini cuma Hazim sahaja yang akan terus ke pusat jagaan nih. Haziq dah darjah 3 jadi balik sekolah pun lambat, boleh terus balik rumah.

Pagi-pagi buatkan roti jala dan kari untuk beri kat cikgu sekolah Haziq dan Hazim sebagai tanda terima kasih. Sebelum nih pernah buatkan untuk cikgu Tadika tapi untuk pusat jagaan nih belum pernah lagi. Nak balik ambil Haziq dan Hazim, diaorang cukup suka dan asyik kata sedap roti jala dan kari. Rata-rata terpegun tengok roti jala sebab tak terbayang cara buatnya. Jenuh nak cerita.

Sedih bila cikgu yang jaga pusat jagaan kanak-kanak, Ishii Sensei akan bertukar ke tempat lain. Baik cikgu nih dengan Haziq. Sebelum nak balik, dia kata kenangan pasal kami yang paling dia ingat ialah waktu pusat jagaan kanak-kanak tukar tatami yang baru, cuma Ummi dan Haziq yang kata bau tatami (tikar Jepun yang dibuat menggunakan sejenis rumput nama Igusa) yang baru tuh wangi, bau pokok/hutan. Budak-budak Jepun yang lain semua tak suka bau tatami, kata diaorang busuk.

Bergambar waktu Graduasi Hazim dengan dua orang guru kelas Hazim (Kikutake Sensei & Morinaga Sensei) dan guru besar Tadika, Watanabe Sensei

Waktu ambil Hazim pula, sempat bagi alamat Malaysia pada seorang cikgu Haziq yang lama, Sasaki Sensei. Cikgu nih memang suka melancong. Dia selalu kata kalau kami dah balik Malaysia, dia nak jalan-jalan ke Malaysia pula. Rata-rata, semua cikgu tadika kata sedap roti jala dan kari. よかった。Nasib baik buat kari kurang pedas. Hazim tak tunjuk sedih langsung nak tinggalkan tadika. Dia lagi suka nak masuk darjah 1 sebab boleh pergi satu sekolah dengan Haziq. Ummi jer rasa sedih nak tinggalkan tadika sebab sejak 5 tahun yang lepas banyak dapat belajar dengan cikgu-cikgu tadika Jepun nih.


No comments:

Post a Comment