Wednesday, November 24, 2010

Kraftangan

*Entri stok lama.

Ada satu permainan tradisional orang Jepun yang selalunya sinonim dengan お正月(Tahun Baru). Permainan ini dinamakan 羽根つき(hanetsuki). Macam badminton cuma selalunya budak perempuan yang main sahaja. Lagi satu tak pakai bulu tangkis tapi orang dulu pakai sejenis buah/biji bewarna hitam (むくろじ) yang diletakkan dedaun dikelilingnya.



Sebenarnya nak cerita yang permainan tradisional di atas sudah semakin pupus. Raket atau 羽子板(ハコイタ)semakin popular sebagai hiasan tidak kira waktu perayaan tahun baru atau hanya diletakkan di pintu masuk rumah. Ada juga dijadikan "keychain". Waktu Pesta Kebudayaan tempoh hari, saya (* lama tak letak ganti nama diri) sempat membeli hiasan raket atau Hakoita yang dihiasi dengan pelbagai kraftangan orang Jepun termasuk origami kipas. Kreatif betul diaorang nih!.

Sunday, November 21, 2010

Budaya


Hari ini ada "文化祭(Pesta Budaya)" di balai raya dekat dengan rumah kami. Setiap tahun ada pameran hasil kerja/ seni semua orang yang mendaftar dalam kelab atau persatuan sekitar kawasan ini. Ada origami, lukisan Jepun, quilt, beg yang dijahit menggunakan kimono, bonsai dan macam-macam lagi.

Gambar atas nih Hazim dengan tulis kaligrafi Jepun "くり" atau maksudnya buah berangan sinonim dengan musim luruh sekarang. Sebelah tuh cikgu yang ajar kami. Umur pun dah lebih 70 tak silap. Dia cukup suka Hazim dah boleh menulis kaligrafi Jepun. Hazim paling muda dalam kelas. Yang lain semuanya budak sekolah rendah darjah 2 ke atas.


Yang ini Haziq dengan hasil tulisan kaligrafi dia,"きのこ"maksudnya cendawan. Dia memang suka bab-bab menulis menggunakan berus lukisan. Harap-harap lepas ini Haziq dan Hazim boleh buat pameran di rumah pula:-) 頑張れ!

Thursday, November 11, 2010

Jeans

via here

Teringat satu situasi tempoh hari.

Minggu lepas belikan jeans Haziq dan Hazim macam gambar yang di atas. Warna yang seakan-akan biru lusuh. Bila sampai rumah, suruh diaorang cuba pakai. Nak tengok muat ker tidak.

Ummi: Haziq, Hazim, cuba pakai jeans nih Ummi ngan Ayah belikan. Cantik tak?.

Haziq tengah baca buku cerita. Hazim pun sama. Haziq angkat kepala tengok jeans tuh.

Haziq: え~~何で古いズボンを買った?(Kenapa beli seluar yang buruk nih?) sambil buat muka serius.

Huhu..anak-anak, jujur sungguh tutur katamu ya.....

Tuesday, November 09, 2010

Journal

Gembiranya dalam hati!!. Nak share dalam blog nih juga.....

Pertama kali paper (refereed & no corrections) dipilih untuk terbitan di ejournal (International Journal of Economics and Finance Studies). Paper yang present waktu conference di Izmir hari tuh. Berbaloi pergi jauh-jauh untuk bentang kertas. Walaupun cuma satu paper tapi boleh jadi pemangkin untuk terus hantar paper ke journal lain pula.

Satu lagi paper waktu present di Malaysia tahun lepas akan di cetak dalam buku terbitan UM awal tahun depan. Tajuk buku masih belum ada tapi organiser dah email kata confirmed.

Sebenarnya risau bila jadi phd student tak dapat nak publish paper ataupun paper kena reject. Alhamdulillah setakat ini, dua paper dah ok so lepas ini nak kena revise Literature Review dan cuba hantar ke journal UKM atau UM.

Lagi satu yang risau ialah fieldwork. Sensei dah suruh pergi Thailand/Malaysia buat fieldwork research sebelum bulan 3 tahun depan tapi funding belum ada so macam mana nak buat tuh. Kebanyakkan research grant lebih kepada sains tulen bukan bidang ekonomi atau sains sosial. Kalau minta funding dari Jepun, nak kena submit research proposal dalam bahasa Jepun dan peratus persaingan dari orang Jepun pula tinggi. Universiti sendiri pula limitkan 3 tahun sekali sahaja boleh minta research grant. Hmm...tengoklah macam mana lepas nih.

Sunday, November 07, 2010

Iznik

Lepas habis conference di Izmir, kami bertiga join Kak Yat, Mak dan Abah di Istanbul. Kami sekeluarga bertolak ke Iznik (3 jam perjalanan naik feri dan bas pendek) dari Istanbul. Kenapa ke Iznik?. Sebab rasa nak lari dari suasana bandar dan cuba nak tengok bagaimana kehidupan orang biasa di Turki dalam masa yang suntuk. Nak pergi Bursa jauhlah pula.

Kami keluar dari rumah awal pagi dan naik feri dalam 1 jam. Sejuk juga. Sampai di Iznik dalam tengahari. Oh ya, waktu dalam bas, dapat kawan Turki. Kami borak dalam bahasa Turki. Nasib baik ada belajar sikit-sikit bahasa Turki. Umur dia pun lebih kurang sama. Anak perempuan dia nama Zeinab, comel sangat. Umur lebih kurang Haziq. Tak sangka bila sampai di Iznik, dua kali terserempak dengan dia. Baik sangat.

Sampai sahaja di pekan Iznik, kami makan tengahari. Nasi tiada tapi kami makan ayam dan daging bakar. Roti besar gedabak pun ada. Rasanya trademark Iznik, roti semua besar-besar. Roti tuh makan cicah dengan tomato kering yang dituang diatasnya dengan minyak zaiton (tengok gambar di atas). Sedap!. Oh ya, Haziq sempat gunting rambut kat sini tapi bila dah balik Jepun, Ayah kata Haziq macam orang Turki. Huhu..

Tempat tarikan utama di Iznik nih masjid hijau dan porselinnya. Memang seni khat dan kualiti porselinnya cantik dan halus. Masjid hijau mendapat namanya dari minaret yang berwarna hijau. Waktu sembahyang zohor di masjid nih, adalah seorang perempuan umur lebih kurang sama baru sahaj habis sembahyang. Punyalah suka jumpa orang perempuan selain dia yang sembahyang, peluk-peluk sambil cakap Turki. Cuma faham perkatan tourist sahaja.

Masuk kedai di atas lepas habis sembahyang di masjid hijau. Memang rasa nak beli semuanya. Tapi sebab memikirkan susah nak angkut naik kapalterbang, kenalah batalkan hasrat. Haziq dan Hazim gembira pergi Iznik sebab kawasan luas dan tak ramai orang. Boleh kira dengan jari berapa ramai pelancong yang datang tapi kami semua suka dengan suasana di Iznik. Tak terlalu padat dengan kenderaan dan manusia. Banyak tinggalan sejarah.

Dengan ini, berakhirlah cerita pengembaraan kami ke Turki. InshaAllah, kalau ada entri menarik dan mood yang best, adalah entri menyusul lepas nih.


Friday, November 05, 2010

Cahaya

Banyak pula cerita di Turki. Takut panjang sangat entri jadi ada cerita yang terpaksa skip.

Sampai di Izmir dah petang. Organiser dah tunggu di airport dan bawa kami (sama orang dari Germany dan satu keluarga dari Oman - peserta ICSS nih juga) terus ke Pine Bay Resort. Hotelnya besar dan luas. Tak silap 4/5 bintang tapi kat bilik takde wireless internet!. Hampeh betul.

Alhamdulillah. Dapat buat yang terbaik waktu presentation hari pertama. Jumpa sempai dulu satu U tapi sekarang dia dah kerja di Kyoto. Hebat dia nih. Jumpa juga orang Malaysia. Lecturer di UPM. Tapi tak bertegur sangat. Cakap sikit-sikit sahaja. Conference nih sebenarnya lebih pada connection so dapatlah ramai kawan. Dari Iran, Philippines, Turkey (mestilah kan sebab dah negara diaorang), Oman, UK dan pelbagai negara. Seronok. Makanan dan bilik memang tiptop cuma bab internet sahaja yang KO.

Makcik tengah buat roti di Kampung Sirince.
Berpeluh-peluh dia duduk dekat dengan oven tradisional tuh.

Hari kedua di Cesme, pun masih ada presentation. Petangnya dah mula nak keluar dari Cesme untuk jalan-jalan dan terus ke airport Izmir. Kat sini terkenal dengan Ephesus tapi malaslah pergi tempat yang ramai pelancong jadi ternampak dalam Guide Book pasal Sirince Village.

Lepas naik Dolmus (van putih macam bus pendek - murah sangat), berhenti di stesen bas di bandar Selcuk, dalam 20 minit dari hotel. Tukar naik dolmus yang lain untuk ke Kampung Sirince dalam 30 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan tak nampak pokok lain selain dari pokok zaiton. Naik gunung tinggi sangat. Turki nih left-hand drive jadi cuak bila driver bas bawa laju sikit, tepi tuh gaung pula.


Sampai sahaja di kawasan perkampungan nih memang best. Semuanya lain dari yang lain. Orang pun tak ramai. Rumah-rumah semuanya dinding putih dan tingkap biru macam dalam gambar di atas. Harga barang mungkin mahal sedikit tapi berbaloi. Tumpang sembahyang di satu-satunya masjid di kampung nih. Waktu azan Zohor tuh rasa macam sayu ajer. Terutamanya bila lihat tak ramai orang yang berjalan menuju ke masjid. Sampai di bahagian wanita adalah 3 orang makcik-makcik dah habis solat. Kebanyakkannya yang pergi masjid nih umur 50-an ke atas.



Habis jalan-jalan di kampung nih, barulah kami (sama kawan jepun 2 orang) bergerak pulang ke stesen bas di Selcuk. Kawan Jepun tuh temankan jalan kaki cari stesen keretapi untuk ke airport Izmir dalam 30 minit perjalanan. Kecil sahaja stesen keretapi. Sekali imbas macam kat stesen komuter UKM pula. Ramai juga backpackers yang naik keretapi. Dalam 10 minit, barulah kawan Jepun yang dua orang tuh balik. Tak lama lepas tuh keretapi pun sampai. Orang agak ramai. Tak boleh duduk. Nasib baik ada seorang Mamat Turki nih yang baik tolong letakkan beg yang berat kat tempat beg. Terima kasih!.

Sampai di airport, kapalterbang delayed jadi kenalah tunggu dalam setengah jam. Sampai di Istanbul pula dah malam. Dekat pukul 11 lebih. Takut sebab sorang-sorang tapi tawakal sahajalah. Sampai di Taksim Square pula, punyalah ramai orang berpesta. Siap ada orang Red Indians buat tarian. Nak tengok dan ambil gambar tapi apakan daya kaki dah capek!. Kak Yat dan Kim dah tunggu di Taksim Square dan kami selamat sampai di apartment pukul 12 tengah malam. Lepas salam mak (abah dah tidur), cium Haziq dan Hazim yang mata dah kuyu sebab mengantuk tapi sanggup tunggu Ummi balik, barulah dapat jamah nasi.

* Entri selepas ini pasal kami sekeluarga ke Iznik. Menarik sebab banyak porselin. Juga kalau di Istanbul ada masjid biru, di Iznik pula ada masjid hijau.

Thursday, November 04, 2010

Sadis

Hari keempat di Istanbul - Masa untuk terbang ke Izmir, menghadiri International Conference for Social Sciences 2010 di Cesme, Izmir.

Pagi lagi kami dah siap sarapan dan tunggu bas untuk ke lapangan terbang Attarturk. Tak sempat nak ambil gambar dengan boss Basilica Apartment Hotel, tempat kami berkampung 3 hari. Baik sangat dia. Tolong angkat beg berat turun dari tingkat 3. Anak dia pula sama umur dengan Haziq. Patutlah pakcik nih suka dengan Haziq.

Perjalanan memakan masa 45 minit dari hotel ke airport. Tuhpun Hazim nak tidur. Susah bila kejut dia kalau dah tidur. Nasib baik ada minah saleh yang cun tolong kejut sementara Ummi sibuk angkat beg turun dari bas.

Sampai di airport dah nak masuk tengahari. Makan di Burger King. Mahal sungguh makanan di airport nih tapi takperlah sebab boleh rehat lama sikit sementara tunggu kapalterbang Kak Yat (kakak yang keempat) sampai dari London.

Kapalterbang Pegasus dari Istanbul ke Izmir pukul 4 petang dan kapalterbang Kak Yat sampai pukul 2 petang. Lambat betul tunggu Kak Yat dan kawan dia, Kim keluar. Kali terakhir jumpa Kak Yat lebih kurang 5 tahun dulu. Haziq dan Hazim pun tak tahu rupa Kak Yat macam mana. Asyik tanya, "Rupa Cik Yat macam mana. Macam Ummi ker?". Jenuh diaorang tengok semua yang keluar.

Bila dah jumpa Kak Yat (yang makin kurus!), barulah dapat bergerak ke terminal domestik dalam 15 minit jalan kaki. Ingatkan nak check-in awal dan lepak dengan Kak Yat lama sikit tapi lain pula hal jadiknya!.

Mula-mula sampai kaunter, awal 5 minit, kaunter tak buka lagi. Bila dah buka, timbang beg lak, terlebih berat. Cuma boleh 15kg. Kenalah keluarkan barang. Bila timbang dan beri passport, orang kaunter tanya," nih passport awak ker?". Bila tengok gambar, la...nih passport Haziq!. Tertukar waktu nak beri pada Kak Yat suruh pegang passport Haziq dan Hazim.

Patah balik jumpa Kak Yat dengan bawa beg besar. Penat!. Ambil passport sendiri dan peluk cium Haziq dan Hazim kata, "lagi 2 hari Ummi balik ya. Duduk baik-baik dengan Cik Yat!". Dalam hati boleh ker Kak Yat survive dengan dua orang budak yang lasak nih.

Dalam perjalanan patah balik ke terminal domestik, kertas yang ada print nombor tiket tercicir entah di mana. Kena pergi ofis Pegasus Airline untuk minta dia print. Bila dah dapat yang baru, rasa lega bila dah check-in dan terus masuk balai menunggu. Tak larat makcik!. Inilah akibatnya kalau panik tahap maksimum!. Nasib baik sangat Kak Yat dan Kim serta Haziq Hazim belum bergerak keluar dari aiport. Kalau tidak sure kena tangguh flight ke Izmir.

Entri lepas ini pula cerita Conference, Cesme serta lawatan ke Kampung Sirince, kawasan perkampungan atas gunung yang cantik. Ada juga cerita naik keretapi dari Selcuk ke Airport di Izmir. Semuanya main redah sendiri.

Di tempat conference, Pine Bay Resort

Istana

Lepas penat berjalan tengok kedai-kedai berhampiran Spice Bazaar, kami sempat singgah di Topkapi Palace. Lagi dua jam nak tutup barulah kami dapat beli tiket. Orang punyalah ramai. Nak masuk pun kena scan macam-macam. Dulu pernah ada kes Al-Quran paling kecil hilang di sini dan sampai sekarang pun tak dapat jumpa lagi.


Hari pun dah petang jadi kami tak dapat masuk semua. Harem, tempat permaisuri pun tak masuk. Tapi kami masuk juga ke galeri yang menempatkan barang-barang peninggalan nabi, kunci Kaabah, pedang-pedang dan janggut Rasulullah. Haziq dan Hazim seronok tengok barang-barang tuh semua sambil dengar Ummi cerita. Oh ya, ada juga sarung tangan besi Nabi Yusof ke Nabi Ibrahim, tak silap. Lupalah pula. Tapak kaki pun ada tapi tak ingat siapa yang punya.

Bila sampai di bahagian pedang para sahabat dan Nabi Muhammad, terkedu, terharu, 1001 perasaan ada. Hebat betul pedang orang dulu-dulu. Besar dan nampak gagah. Terutamanya pedang sahabat nabi, Abu Bakar (kalau tak silap) yang paling lebar dan besar. Sayang sungguh sebab tak boleh ambil gambar dalam galeri ini.


Pintu masuk galeri

Lepas bersempit-sempit dalam galeri, kami rehat sebentar di luar tapi angin punyalah kuat. Cantik sungguh kawasan istana. Kebanyakkan pokok di dalam taman ini ada yang dimakan binatang kecil dalamnya tapi masih teguh berdiri. Kagum.

Ada juga dapur istana tapi tak boleh masuk. Banyak ukiran pada pintu masuk yang diletakkan di luar untuk tujuan pemulihan. Kami terpegun dengan khat orang dulu-dulu. Pandai diaorang ukir atas batu.

Deretan papan tanda yang ada khat. Cantik.
Takde orang langsung tengok semua nih.
Kami anak beranak sahaja yang rajin tengok dan cuba baca apa yang ditulis.

Sebelum keluar sempat tengok kereta kuda kerajaan Uthmaniyah. Ada kereta kuda yang bawa peluru/ meriam lagi. Kiranya kereta kuda bersenjata untuk Sultan dulu-dulu. Takdelah besar sangat tapi mahalnya pada ukiran di keliling kereta kuda tuh semua.

Dalam dewan bersidang.
Letih tengkuk tengok lukisan di bumbung.

Kami pulang tepat waktu Topkapi Palace nih nak tutup. Rugi juga rasa sebab tak pergi pagi-pagi. Kalau tidak boleh masuk semua tempat dalam kawasan istana. Lagipun kaki Hazim dah sakit sebab banyak berjalan. Akibatnya Ummi kena dukung Hazim waktu nak keluar dari Topkapi Palace. Dekat ajer tapi sakit pinggang!.

Wednesday, November 03, 2010

Merpati

Hari ketiga di Istanbul. Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk cari Spice Bazaar. Kata orang murah. Dekat saja kalau jalan kaki dari hotel tapi entah masuk lorong sana masuk lorong sini, tak jumpa juga. Akhirnya jumpa New Mosque nih dulu. Atau kat sana dipanggil Yeni Camii. Cantik masjidnya sebab tepi laut. Masuk-masuk dalam terpegun tengok ukiran di bangunan. Ramai juga mat saleh yang datang tengok masjid sampai ke dalam. Di luar pintu masjid ada diletakkan tabung. Macam-macam jenis duit ada. Cuma tak nampak duit Malaysia saja. Satu lagi yang perasan, setiap masjid di sini mesti ada nama Allah, Muhammad dan nama 4 sahabat Nabi.

Habis sahaja kami jalan-jalan dalam masjid, cuba cari Spice Bazaar yang terletak sebelah sahaja. Dekat ajer rupanya. Banyak pula burung merpati di tepi masjid. Pondok merah tuh tempat orang-orang tua menjual jagung makanan burung. Kami sempat beli kebab untuk makan tengahari dan sambil duduk di dataran depan masjid, memerhatikan orang lalu lalang. Ada juga orang yang sapa kami dengan bahasa Melayu. Bila pusing tengok siapa, dah lesap. Aik.....

Masuk sahaja dalam Spice Bazaar, terus singgah kedai jual cenderamata. Murah jugalah. Keychain seketul hanya 1 lira. Boleh kata 1 ringgit. Kalau nak tahu Turki nih terkenal dengan Evil's Eye (yang warna biru dan putih, diperbuat dari kaca). Haziq dan Hazim dapat keychain free seorangsatu dari pakcik kedai. Bila dah masuk tengahari ramai sungguh orang.

Tak sanggup nak tengok lama-lama dalam Spice Bazaar jadi kami jalan tengok kedai-kedai di luar pasar. Semua lorong kami masuk. Banyak betul kedai tudung, alas tilam, kain telekung, kasut dan macam-macam lagi. Skirt denim yang labuh pun banyak. Susah nak cari skirt denim kat Jepun yang labuh dan tak terbelah belakangnya. Kena sambar satu gaklah nanti.

Petang sikit, hujan mula turun. Gerimis. Tapi kami masih tak jumpa jalan balik. Biasalah bila dah masuk sana dan sini, peta pun tak berguna. Kami teruskan perjalanan dan ada juga tanya orang keliling jalan nak balik ke hotel. Nasib baik Haziq dan Hazim sporting. Haziq siap kata, " Ummi tak tahu jalan balik ya. Takper. Kita jalan terus. Lepas tuh belok kiri". Hazim pula menyampuk kata "lepas tuh belok kanan". Ikut sedap kaki bawa kami jalan sampailah akhirnya jumpa stesen tram dan terus ambil keputusan naik tram balik ke hotel.

Bila petang, ramai sungguh orang beratur nak naik tram. Nasib ada pakcik yang baik hati. Masuk dalam tram terus dia letak beg plastik dia kat tempat duduk depan dan panggil kami suruh duduk di situ. Orang Turki nih kalau nampak pelancong Islam, terutamanya wanita dan bawa anak, memang baik. Terima kasih pakcik!. Sebelum balik ke hotel kami singgah di Topkapi Palace. Cerita kami ke Topkapi pula entri selepas ini.

Sampai jer di bilik hotel, kami semua pengsan kepenatan. Esoknya dah nak bertolak ke Izmir (satu jam naik kapalterbang) dan tinggalkan Haziq dan Hazim pada Kak Yat. Jadi nak tak nak kenalah kemas sikit-sikit sebab dah nak check out hotel esoknya.

Entri lepas nih juga cerita tertukar passport dengan Haziq waktu nak naik kapalterbang domestik ke Izmir. Panik sungguh!!.

Tuesday, November 02, 2010

Harta



Dari entri yang lepas ada bagitahu perbualan yang menarik antara Haziq dan Hazim waktu dalam Basilica Cistern. Ini lebih kurang perbualan ringkasnya.

Waktu dalam tempat simpanan air bawah tanah, Haziq dan Hazim nampak banyak duit syiling dalam air (tengok gambar atas).

Hazim: Kenapa orang buang duit kat situ, Ummi?

Ummi: Sebab kalau baling duit dalam air kat situ, nanti apa yang orang tuh nak semuanya dapat.

Tiba-tiba, Haziq kat sebelah menyampuk.

Haziq: Tapi orang tuh agama lain kan. Orang Islam kalau nak apa-apa kena tadah tangan, doa minta pada Allah.

Hazim pula mengangguk kepala tanda faham.

* Terharu sebab Haziq dan Hazim ingat apa yang kami ajar dan boleh membezakan ajaran dan kepercayaan dari agama yang berlainan dengan Islam.