Banyak pula cerita di Turki. Takut panjang sangat entri jadi ada cerita yang terpaksa skip.
Sampai di Izmir dah petang. Organiser dah tunggu di airport dan bawa kami (sama orang dari Germany dan satu keluarga dari Oman - peserta ICSS nih juga) terus ke Pine Bay Resort. Hotelnya besar dan luas. Tak silap 4/5 bintang tapi kat bilik takde wireless internet!. Hampeh betul.
Alhamdulillah. Dapat buat yang terbaik waktu presentation hari pertama. Jumpa sempai dulu satu U tapi sekarang dia dah kerja di Kyoto. Hebat dia nih. Jumpa juga orang Malaysia. Lecturer di UPM. Tapi tak bertegur sangat. Cakap sikit-sikit sahaja. Conference nih sebenarnya lebih pada connection so dapatlah ramai kawan. Dari Iran, Philippines, Turkey (mestilah kan sebab dah negara diaorang), Oman, UK dan pelbagai negara. Seronok. Makanan dan bilik memang tiptop cuma bab internet sahaja yang KO.
Makcik tengah buat roti di Kampung Sirince.
Berpeluh-peluh dia duduk dekat dengan oven tradisional tuh.
Hari kedua di Cesme, pun masih ada presentation. Petangnya dah mula nak keluar dari Cesme untuk jalan-jalan dan terus ke airport Izmir. Kat sini terkenal dengan Ephesus tapi malaslah pergi tempat yang ramai pelancong jadi ternampak dalam Guide Book pasal Sirince Village.
Lepas naik Dolmus (van putih macam bus pendek - murah sangat), berhenti di stesen bas di bandar Selcuk, dalam 20 minit dari hotel. Tukar naik dolmus yang lain untuk ke Kampung Sirince dalam 30 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan tak nampak pokok lain selain dari pokok zaiton. Naik gunung tinggi sangat. Turki nih left-hand drive jadi cuak bila driver bas bawa laju sikit, tepi tuh gaung pula.
Sampai sahaja di kawasan perkampungan nih memang best. Semuanya lain dari yang lain. Orang pun tak ramai. Rumah-rumah semuanya dinding putih dan tingkap biru macam dalam gambar di atas. Harga barang mungkin mahal sedikit tapi berbaloi. Tumpang sembahyang di satu-satunya masjid di kampung nih. Waktu azan Zohor tuh rasa macam sayu ajer. Terutamanya bila lihat tak ramai orang yang berjalan menuju ke masjid. Sampai di bahagian wanita adalah 3 orang makcik-makcik dah habis solat. Kebanyakkannya yang pergi masjid nih umur 50-an ke atas.
Habis jalan-jalan di kampung nih, barulah kami (sama kawan jepun 2 orang) bergerak pulang ke stesen bas di Selcuk. Kawan Jepun tuh temankan jalan kaki cari stesen keretapi untuk ke airport Izmir dalam 30 minit perjalanan. Kecil sahaja stesen keretapi. Sekali imbas macam kat stesen komuter UKM pula. Ramai juga backpackers yang naik keretapi. Dalam 10 minit, barulah kawan Jepun yang dua orang tuh balik. Tak lama lepas tuh keretapi pun sampai. Orang agak ramai. Tak boleh duduk. Nasib baik ada seorang Mamat Turki nih yang baik tolong letakkan beg yang berat kat tempat beg. Terima kasih!.
Sampai di airport, kapalterbang delayed jadi kenalah tunggu dalam setengah jam. Sampai di Istanbul pula dah malam. Dekat pukul 11 lebih. Takut sebab sorang-sorang tapi tawakal sahajalah. Sampai di Taksim Square pula, punyalah ramai orang berpesta. Siap ada orang Red Indians buat tarian. Nak tengok dan ambil gambar tapi apakan daya kaki dah capek!. Kak Yat dan Kim dah tunggu di Taksim Square dan kami selamat sampai di apartment pukul 12 tengah malam. Lepas salam mak (abah dah tidur), cium Haziq dan Hazim yang mata dah kuyu sebab mengantuk tapi sanggup tunggu Ummi balik, barulah dapat jamah nasi.
* Entri selepas ini pasal kami sekeluarga ke Iznik. Menarik sebab banyak porselin. Juga kalau di Istanbul ada masjid biru, di Iznik pula ada masjid hijau.
No comments:
Post a Comment