Lepas habis conference di Izmir, kami bertiga join Kak Yat, Mak dan Abah di Istanbul. Kami sekeluarga bertolak ke Iznik (3 jam perjalanan naik feri dan bas pendek) dari Istanbul. Kenapa ke Iznik?. Sebab rasa nak lari dari suasana bandar dan cuba nak tengok bagaimana kehidupan orang biasa di Turki dalam masa yang suntuk. Nak pergi Bursa jauhlah pula.
Kami keluar dari rumah awal pagi dan naik feri dalam 1 jam. Sejuk juga. Sampai di Iznik dalam tengahari. Oh ya, waktu dalam bas, dapat kawan Turki. Kami borak dalam bahasa Turki. Nasib baik ada belajar sikit-sikit bahasa Turki. Umur dia pun lebih kurang sama. Anak perempuan dia nama Zeinab, comel sangat. Umur lebih kurang Haziq. Tak sangka bila sampai di Iznik, dua kali terserempak dengan dia. Baik sangat.
Sampai sahaja di pekan Iznik, kami makan tengahari. Nasi tiada tapi kami makan ayam dan daging bakar. Roti besar gedabak pun ada. Rasanya trademark Iznik, roti semua besar-besar. Roti tuh makan cicah dengan tomato kering yang dituang diatasnya dengan minyak zaiton (tengok gambar di atas). Sedap!. Oh ya, Haziq sempat gunting rambut kat sini tapi bila dah balik Jepun, Ayah kata Haziq macam orang Turki. Huhu..
Tempat tarikan utama di Iznik nih masjid hijau dan porselinnya. Memang seni khat dan kualiti porselinnya cantik dan halus. Masjid hijau mendapat namanya dari minaret yang berwarna hijau. Waktu sembahyang zohor di masjid nih, adalah seorang perempuan umur lebih kurang sama baru sahaj habis sembahyang. Punyalah suka jumpa orang perempuan selain dia yang sembahyang, peluk-peluk sambil cakap Turki. Cuma faham perkatan tourist sahaja.
Masuk kedai di atas lepas habis sembahyang di masjid hijau. Memang rasa nak beli semuanya. Tapi sebab memikirkan susah nak angkut naik kapalterbang, kenalah batalkan hasrat. Haziq dan Hazim gembira pergi Iznik sebab kawasan luas dan tak ramai orang. Boleh kira dengan jari berapa ramai pelancong yang datang tapi kami semua suka dengan suasana di Iznik. Tak terlalu padat dengan kenderaan dan manusia. Banyak tinggalan sejarah.
Dengan ini, berakhirlah cerita pengembaraan kami ke Turki. InshaAllah, kalau ada entri menarik dan mood yang best, adalah entri menyusul lepas nih.
No comments:
Post a Comment