Lepas penat berjalan tengok kedai-kedai berhampiran Spice Bazaar, kami sempat singgah di Topkapi Palace. Lagi dua jam nak tutup barulah kami dapat beli tiket. Orang punyalah ramai. Nak masuk pun kena scan macam-macam. Dulu pernah ada kes Al-Quran paling kecil hilang di sini dan sampai sekarang pun tak dapat jumpa lagi.
Hari pun dah petang jadi kami tak dapat masuk semua. Harem, tempat permaisuri pun tak masuk. Tapi kami masuk juga ke galeri yang menempatkan barang-barang peninggalan nabi, kunci Kaabah, pedang-pedang dan janggut Rasulullah. Haziq dan Hazim seronok tengok barang-barang tuh semua sambil dengar Ummi cerita. Oh ya, ada juga sarung tangan besi Nabi Yusof ke Nabi Ibrahim, tak silap. Lupalah pula. Tapak kaki pun ada tapi tak ingat siapa yang punya.
Bila sampai di bahagian pedang para sahabat dan Nabi Muhammad, terkedu, terharu, 1001 perasaan ada. Hebat betul pedang orang dulu-dulu. Besar dan nampak gagah. Terutamanya pedang sahabat nabi, Abu Bakar (kalau tak silap) yang paling lebar dan besar. Sayang sungguh sebab tak boleh ambil gambar dalam galeri ini.
Pintu masuk galeri
Lepas bersempit-sempit dalam galeri, kami rehat sebentar di luar tapi angin punyalah kuat. Cantik sungguh kawasan istana. Kebanyakkan pokok di dalam taman ini ada yang dimakan binatang kecil dalamnya tapi masih teguh berdiri. Kagum.
Ada juga dapur istana tapi tak boleh masuk. Banyak ukiran pada pintu masuk yang diletakkan di luar untuk tujuan pemulihan. Kami terpegun dengan khat orang dulu-dulu. Pandai diaorang ukir atas batu.
Deretan papan tanda yang ada khat. Cantik.
Takde orang langsung tengok semua nih.
Kami anak beranak sahaja yang rajin tengok dan cuba baca apa yang ditulis.
Sebelum keluar sempat tengok kereta kuda kerajaan Uthmaniyah. Ada kereta kuda yang bawa peluru/ meriam lagi. Kiranya kereta kuda bersenjata untuk Sultan dulu-dulu. Takdelah besar sangat tapi mahalnya pada ukiran di keliling kereta kuda tuh semua.
Dalam dewan bersidang.
Letih tengkuk tengok lukisan di bumbung.
Kami pulang tepat waktu Topkapi Palace nih nak tutup. Rugi juga rasa sebab tak pergi pagi-pagi. Kalau tidak boleh masuk semua tempat dalam kawasan istana. Lagipun kaki Hazim dah sakit sebab banyak berjalan. Akibatnya Ummi kena dukung Hazim waktu nak keluar dari Topkapi Palace. Dekat ajer tapi sakit pinggang!.
No comments:
Post a Comment