Tuesday, September 14, 2010

Kumbang

Walaupun ada banyak journal paper menanti untuk dibaca, persediaan untuk presentation bulan 10, tapi sempat lagi nak update blog. Pagi tadi tengok kumbang tanduk (カブトムシ) yang Haziq dan Hazim bela. Tengok-tengok kat satu tempat lagi dah banyak telur dan anak ulat (sebelum jadi kumbang). Ada lebih 10 ekor rasanya. Semuanya "menyelam" masuk dalam tanah.

Kesian pula tengok dengan keadaan tempat yang tak terbela. Si Hazim sibuk bacakan dari buku yang telur kumbang tanduk nih kena asingkan kat tempat lain. Jadi hari ini bersihkan tempat tinggal kumbang sebab tanah dah basah sangat dan ada ulat perosak. Jemur tanah kat tempat panas dan petang nanti, tunggu Haziq dan Hazim balik sebab nak suruh pindahkan telur dan ulat-ulat tuh ke rumah yang baru. Sekali tengok ulat-ulat tuh memang geli. Tapi nak buat macam mana dah namanya dua-dua anak lelaki so kenalah ambik tahu sikit pasal serangga nih. Sekolah di Jepun memang menggalakkan budak-budak membela pelbagai serangga. Kiranya lebih dekat dengan alam semulajadi. Tahun lepas, projek Haziq cengkerik/cicada (セミ).


Kat bawah nih pula gambarajah pusingan kitar hidup kumbang tanduk Jepun dari telur sampailah jadi kumbang. 3 kali salin kulit. Kat Jepun nih mahal juga sepasang kumbang tanduk. Boleh mencecah 300RM sepasang.

Tahun depan bulan 8 bertambahlah ahli keluarga kami..huhu...adik beradik kumbang tanduk dah keluar dari rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment