Selamat tinggal Ramadan dan Selamat Datang Syawal!
Untuk semua pengunjung blog "Dari Kacamata Ummi", saya ingin menyusun sepuluh jari di keyboard ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan saya di blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri di mana sahaja anda semua berada di muka bumi indah.
Pagi tadi keluar rumah pukul 6 setengah pagi untuk sembahyang raya di Masjid Fukuoka. Alhamdulillah selamat sembahyang raya bersama berpuluh-puluh saudara seislam dari pelbagai negara. Tahun ini kurang sedikit yang datang ke masjid. Mungkin sebab hari bekerja dan mungkin juga sebab Aidilfitri jatuh pada cuti musim panas. Semua orang balik kampung halaman.
Lepas jamah kuih muih yang kebanyakkannya manis-manis belaka, barulah kami 4 keluarga bertolak pulang. Ingatkan nak terus balik tapi tunggu hingga sembahyang Jumaat di Masjid Fukuoka barulah kami semua bergerak pulang ke Kitakyushu.
Lepas hantar Yan & family dan Izzat, barulah kami meneruskan perjalanan raya ke Ube, Yamaguchi (dalam 1 jam lebih dari Kitakyushu), rumah Fith dan keluarga. Dapat makan nasi tomato, rendang ayam dan kuih raya pelbagai jenis. Kagum kat Fith sebab rajin buat kuih raya lebih dari 2 jenis....hehe...Thanks a lot Fith dan Ninja!!おいしかったよ!。
Sampai rumah pukul 7 malam. Kiranya hari ini separuh hari kami jalan berhari raya merentasi dua prefecture kat Jepun, Fukuoka dan Yamaguchi. Penat!. Nasib baik ada dua driver.
Teringat kat blog yang ber"puasa" sebulan so cepat-cepat update untuk hari ini. Harap-harap selepas ini banyak cerita yang dapat dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment