Tuesday, July 07, 2009

Mulanya di sini

Waktu habis buat degree di Hiroshima dulu, tak pernah terfikir nak sambung belajar. Mungkin juga dek kerana teringin nak memegang gaji sendiri dari kerja yang betul-betul mengikut degree atau mungkin juga sudah boring tinggal di Jepun dengan rutin harian yang hampir sama atau mungkin juga hati dah meronta-ronta nak balik sebab si dia dah ada di Malaysia (tak larat nak labur duit kat syarikat telefon)......


Apabila dah kerja, kahwin dan beranak, barulah terfikir nak sambung belajar. Terasa masih banyak benda baru yang menarik untuk dipelajari. Ditambah dengan tekanan dari tempat kerja (kilang Jepun memang pressure!) dan minat untuk belajar tenggelam timbul. Suka mengajar tapi bila minta kerja sebagai tutor dengan ijazah ekonomi, di UKM, KUIM semuanya tiada rezeki lagi. Kebanyakkannya suruh ada master dahulu baru boleh minta kerja.


Nak dijadikan cerita dapat kerja di Kedutaan Jepun setelah berhempas pulas kerja 4 tahun di kilang Jepun. Kerja di bawah boss bahagian ekonomi menambahkan minat untuk buat research. Terfikir untuk sambung master tapi ongkosnya ngak ada sih!. Kenalah cari scholarship. Pernah mohon scholarship yang ISIS tawarkan tapi takde rezeki, pernah cuba minta scholarship ke UK pun tiada rezeki, akhirnya cuba mohon Biasiswa Monbusho (Japanese Government Scholarship). Alhamdulillah setelah lulus exam English dan Japanese, interview oleh orang embassy, JPA dan Japanese professor, buat research proposal, cari sensei, cari universiti yang nak accept akhirnya dapatlah menjejakkan kaki ke Jepun.........

bersambung

No comments:

Post a Comment