Friday, July 10, 2009

Menu sekolah Haziq

Sekolah di Jepun ada menu makanan tengahari yang berlainan setiap bulan mengikut daerah. Sebab malas nak fikir nak masak apa untuk bekal Haziq so selalunya masak ikut menu yang sama dengan menu sekolah. Setiap bulan akan dapat jadual dari sekolah serta bahan dalam masakan itu. Cara nak masak tidak disertakan dan kenalah google resepi di internet.


Dalam jadual menu ini bukan sahaja ada tulis berapa banyak kalori, berat tapi siap tulis apa khasiat makanan, kenapa elok sayur itu dan ini serta banyak lagi info yang bagus. Haziq yang dari dulu tak suka sangat dengan sayur pun dah mula pandai makan sayur macam-macam.


Tapi sungguhlah terkejut bila tengok menu untuk hari Isnin depan ialah goya campur (sayur peria yang ditumis dengan telor etc= menu okinawa). PERIA!!!. Alangkan orang besar pun tak suka makan peria yang pahit inikan pula budak sekolah rendah. Selalunya yang suka makan peria kat rumah ini, Umminyalah apalagi. Rebus dan letak sedikit garam, lepas itu cicah dengan sambal belacan. Sedap!.


Jadi, terfikir macam mana nak buatkan menu peria nih kat Haziq. Makan ker nanti....Bila check kat internet, barulah tahu bagaimana untuk mengurangkan rasa pahit pada peria.

1) Potong peria dengan memanjang dahulu dan lepas itu potong melintang nipis-nipis macam gambar di bawah. Buang yang dalamnya terutama yang warna putih (itu yang buat peria pahit).
2)Peram peria sekejab dengan garam. Lepas 10 minit bolehlah dibuang air yang keluar dengan diperah sedikit.
3) Masak peria dengan makanan yang banyak mengandungi protein (contohnya telor, tauhu, ikan bilis dll)
4) Rebus sekejab dalam 20 saat. Kalau lama sangat rebus, hilanglah vitamin C.

Akhir kata, selamat makan peria!. Harap-harap naklah Haziq makan. Takpun mesti balik rumah nanti dia akan kata "mazui!(tak sedap) "....huhu....


No comments:

Post a Comment