Tuesday, April 28, 2009

Pisang

Ada pembetulan sikit pada entri sebelum nih. Maaf ya. Nak kata Festival Pisang tuh tak boleh gak sebab takde setandan pisang diberi percuma atau Kempen mari makan pisang ataupun Pertandingan Membuat Kek Pisang Terbesar... Yang ada cuma satu. Banana no Tataki Uri (バナナの叩き売り). Direct translation ialah Menjual banana sampai mengetuk.. haha..pelik betul bunyinya...


Begini sejarahnya.
Dari dulu lagi Mojiko (Moji Port) memang terkenal dengan reputasi pelabuhan dan kawasan sekitarnya.Banyak sejarah menarik disini. Inilah antara pelabuhan yang pertama kapal dari luar negara singgah untuk masuk ke Jepun (terutamanya kapal dari China, Korea dan Taiwan). Mojiko juga pelabuhan terakhir yang ditinggalkan oleh kapal yang akan belayar keluar dari Jepun.


Waktu zaman Meiji, pisang banyak diimport dari Taiwan. Taiwan dulu tanah jajahan Jepun. Pisang yang dibawa masuk ke Jepun masih hijau. Bukan yang dah masak. Tapi disebabkan pisang tuh duduk kat dalam kapal lama dan masih tiada teknologi canggih seperti sekarang, pisang cepat rosak. Oleh kerana itu, banyaklah pisang yang terpaksa dijual di Mojiko kerana kedudukan Taiwan dengan Mojiko yang dekat.


Disebabkan banyak sangat pisang, semua penjual cari idea macam mana nak jual pisang-pisang ini tanpa rugi sebab pisang yang rosak. Timbul idea untuk menarik perhatian orang ramai dengan mengetuk papan (mungkin kotak kayu tempat simpan pisang) menggunakan kayu panjang sambil bercerita, membuat lawak atau bersyair. Lama kelamaan orang ramai berhenti mendengar dan kadang-kala tertarik untuk membeli pisang.


Sehinggalah sekarang bila harga pisang makin murah, masih ada juga tradisi seperti ini. Orang Jepun lebih seronok mendengar cerita "tukang karut" yang banyak bercerita tentang pisang. Pernah cuba dengar apa yang diaorang cerita tapi laju sangat si penjual tuh cakap. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Alah...jual pisang jer. Tapi itulah keunikan idea orang Jepun. Begitulah lebih kurang cerita asal usul kenapa pisang terkenal di Mojiko ini.

No comments:

Post a Comment