Friday, April 24, 2009

Lukisan

Abah cikgu lukisan sekolah menengah. Dari kecil lagi selalu tengok abah melukis dan menanda lukisan anak-anak murid. Dulu kat belakang rumah ada bengkel buat batik. Walaupun kami dalam 7 orang adik beradik tiada seorang pun yang dapat 100% bakat melukis abah tapi minat pada seni memang ada.

Apa-apa sahaja yang berkaitan pasal seni mesti kami suka. Seni khat, seni batik, seni landskap, seni bonsai dan apa sahaja pasal seni. Penuh rumah kat kampung dengan buku pasal seni. Buku untuk belon yang buat bentuk binatang dan macam-macam pun ada. Haziq suka tengok buku belon tuh. Terfikir nak pinjam bawa balik Jepun, tertinggal lah pulak.


Sejak Haziq (Hazim pun suka melukis tapi cerita dia lawak. Semua gambar hantu, hitam ajer...) mula menampakkan minat melukis pada umur 4/5 tahun, dah mula ajar dia melukis sedikit demi sedikit. Mula-mula pakai pensel kaler, lepas tuh crayon dan sekarang nih kaler air. Seronok pula tengok Haziq melukis. Ini hasil lukisan Haziq. Pokok tuh kami buat sama-sama:).

Lukisan yang ada dua bukit dan orang mendaki tuh dia cerita kawan satu kelas dia panjat bukit sama-sama sampai ke puncak. Memang rumah kami dan sekolah Haziq atas bukit. Tiap-tiap hari Haziq kena panjat bukit, pergi sekolah dan balik sekolah. Yang ada tulis airport tuh pula KLIA dan yang ada gambar matahari dan rumah serta kereta tuh katanya rumah kat Malaysia. Haziq suka betul lukis matahari.

No comments:

Post a Comment