Sunday, January 04, 2009

cuti

Alhamdulillah ronbun tinggal tulis conclusion sahaja. Chapter 3 & 4, sensei tengah check. Minggu depan hari Khamis sempat kot nak hantar. Lepak la sket sekarang. Tapi nak tulis conclusion pun payah gak...Pening pikir apa nak goreng......


Cuti seminggu kat sini tak buat apa pun.. Last year cuti tahun baru bawa Haziq dan Hazim tengok ikan gak di umi no tamago (Oita Prefecture). So tahun nih pun sama. 31hb hari tuh bawa Haziq dan Hazim gi tengok ikan kat Akurium di Shimonoseki (海響館). Best gaklah tengok ikan macam-macam. Especially time show ikan-ikan semua. Walaupun angin sejuk sebab esoknya salji turun, Haziq dan Hazim happy sebab dapat keluar rumah, hirup udara segar.


1hb lak salji turun so memang tak kemana-mana. Walaupun cuma sekejab tapi malamnya time salji nak cair, sejuk. Nasib baik tak duduk belah Hokkaido sana.


Haziq punyalah excited nak buat snowman, tapi bila tengok-tengok, salji turun tak banyak, monyok jer muka. Tunggulah bulan 2 nanti barulah betul2 mafuyu (midwinter).


Semalam lak, kami jalan-jalan tengok "mak-mak buyong". Hehe..Terima kasih Feyruz dan Nurul sefamily. Sesaja nak jumpa Alya dan Wawa. Nurul due date bulan 4 dan Feyruz due date bulan 6 nanti. Semoga dipermudahkan bersalin, Insyallah.

No comments:

Post a Comment