Friday, January 09, 2009

Lega dah hantar...

Lega rasanya dah hantar thesis ke ofis. Lapang dada bila dah hantar setelah berhempas pulas 1 tahun as research student dan 2 tahun as master student. Waktu hantar tak rasa apa-apa pun, bila lepas hantar terasa macam satu beban kat bahu dah takde. Tinggal tunggu interview sahaja (presentation takde). Lepas hantar, lepak sambil minum kopi sama member satu lab. Dok sibuk cerita pasal sports car!. Lepas tuh diaorang kata nak datang rumah, nak rasa masakan Malaysia. Hm.. kena tunggu lepas semua interview dulu.


Hari nih waktu naik highway, terasa keliling mata sakit. Maybe penat dok ngadap komputer. Bawa kereta pun macam melelong. Hari hujan lak tuh. Jalan licin...


Semalam ada nampak kereta terbalik, tayar kat atas. Adalah 3, 4 buah kereta polis dok jaga traffic. Yang peliknya takde jam pun. Semua malas nak tengok kot. Jarang nampak accident kereta sama kereta kat highway Jepun nih. Kalau accident pun dengan railing jalan atau tayar meletop. Lagi mahal kena bayar kalau langgar railing atau tiang lampu kat Jepun nih dari langgar kereta orang.


Lepas nih nak buat kerja lain lak. Rumah pula dah macam tongkang pecah. Sampai Haziq tegur "Kenapa Ummi tak kemas nih?". Ala, Haziq tolonglah kemaskan.....

Pasnih ingat nak gi Ube sat tapi macam malas....

No comments:

Post a Comment