Monday, January 19, 2009

Bermain dengan lumpur

Lama lak tak menulis. Takde idea menarik nak dikongsi.

Hari tu ambil Haziq dan Hazim kat sekolah. Kebetulan cuaca tengah elok so nampak diaorang tengah main pasir kat luar sama kawan-kawan. Haziq korek lubang dalam-dalam lepas tuh duduk dengan kaki masuk dalam lubang. Kemudian Hazim dan kawan dia bubuh pasir masuk kat dalam lubang. Habis seluar, kasut penuh pasir. Hazim pun join sama duduk kat dalam lubang. Huhu...


Menariknya sebab bagi sesetengah ibu bapa kotor bila main tanah, lumpur dan pasir tapi tidak kalau di Jepun. Setiap taman permainan di Jepun mesti ada sudut untuk main pasir.


Tengok diaorang main pasir teringat ada baca satu artikel dalam majalah pendidikan kanak-kanak, Kuyon (クヨーン)yang bertajuk "どろんこ保育(Doronko Hoiku)"(translate doronko: mud, hoiku: child care).


Artikel ini mengenai sebuah taska di Ibaraki Prefecture yang telah menggalakkan kanak-kanak bermain di luar walaupun musim sejuk sejak 40 tahun yang lalu. Antara point yang menarik mengenai taska ini:
  1. Kanak-kanak paling suka bermain air dan lumpur. Seawal umur setahun, mereka disuruh membuat bentuk bulat seperti bola dari tanah (danggo). Apabila mereka semakin besar, bentuk bulat itu akan jadi semakin cantik dan halus.
  2. Bagi kanak-kanak yang kurang suka bermain lumpur, mereka boleh bermain dengan warna air ("finger painting"). Guna tangan, celup dengan warna air dan cop kat atas kertas putih atau kain rentang. Lepas boring dengan tangan boleh juga "body painting".
  3. Bagi kanak-kanak yang tidak suka bermain di luar, mereka melukis di dalam dengan tema bebas. Daripada lukisan mereka, boleh tahu mood diaorang macam mana. Kebanyakkan kelas yang cikgunya bagus, lukisan budak kelas itu mesti penuh dengan warna dan bentuk. Kenapa?. Mungkin, kanak-kanak bila happy, imiginasi mereka juga tinggi so boleh melukis macam-macam.
  4. Last sekali, kata guru besarnya jangan rampas "masa bermain" dari kanak-kanak kerana hanya masa itu sahaja mereka boleh belajar.

No comments:

Post a Comment