Friday, October 16, 2009

Rumah Terbuka

Lepas baca artikel di utusan malaysia mengenai "Jepun perlu contohi Malaysia", terfikir untuk buat entri ini.

Berbeza dengan Malaysia, orang Jepun sebenarnya susah untuk menjemput orang datang ke rumah. Lebih-lebih lagi jika orang itu mahu bermalam di rumah mereka. Sehinggakan ada pendengar wanita yang menelefon radio mengatakan dia menghadapi masalah ibu mertuanya suka datang bermalam di rumahnya tanpa membuat temujanji terlebih dahulu!.

Ada satu tv program di mana celebriti atau artis (terkenal mahupun suam-suam kuku) datang ingin menumpang tidur di rumah penduduk kampung untuk semalam (田舎に泊まろう) sambil beramah mesra, cukup susah mencari rumah yang ingin ditumpangi. Walaupun mereka kenal celebriti itu, mereka susah untuk mempelawa dia datang bermalam. Kesian tengok celebriti itu mencari tempat bermalam dari tengahari hinggalah sampai senja. Mungkin orang Jepun susah untuk menerima tetamu yang datang tidak dirancang atau mereka ada budget sendiri?.

Waktu hari raya yang lepas, orang Wakamatsu dan adik-adik dari Ube datang berhari raya ke rumah. Dua hari selepas itu, jiran (orang Jepun) bertanya siapa yang datang. Dia memang suka bertanya mengenai Malaysia. Jadi ceritalah kat dia tentang hari raya dan konsep ziarah menziarahi. Dia cukup kagum bila kita jenis tak kisah menerima tetamu dan dia tak boleh bayangkan kepenatan memasak untuk 30 orang dan melayan tetamu yang ramai. Dia pula yang kata "Lepas ini bolehlah buat makan-makan jemput dia pula ya!". Memang selalu beri dia nasi beriyni dan lauk kalau buat makan-makan dan dia sekeluarga cukup suka makan nasi beriyani. Huhu.. Proud to be Malaysian!!.

No comments:

Post a Comment