Thursday, April 29, 2010

Bangunan


Lama tak update blog. Tak sempat sebab banyak kerja. So kali ini nak tunjuk bangunan baru Graduate School of East Asian Studies (GSEAS) di Yamaguchi University.

Start dari bulan April, student Master dan PhD dapat bangunan dekat dengan padang dan International House. Dapat bilik 405. Tingkat 4, paling atas sekali. Kalau dah sampai atas, duduk dalam bilik, terasa malas nak turun kalau tertinggal barang. Satu bilik ada 5 orang tapi dah sebulan nih tak pernah lagi nampak muka yang lain. Bangunan baru, bilik baru, semangat harus baru!..

Wednesday, April 14, 2010

Komen

Hari ini presentation. Ada 3 orang Prof yang masuk untuk dengar presentation termasuk supervisor. Lepas aku present, macam-macam pendapat yang keluar. Sorang tuh aku boleh jawab soalan dia. Tapi yang sorang lagi nih apa yang dia nak pun aku tak faham. At last, barulah aku faham. Dia suruh aku buat "政策批判(policy critism)" kat automotive industry in SEA.

Kebanyakkan Prof. Jepun tak suka kalau dibangkang cakap. Kenalah mengangguk ajer. Mungkin dia tengok aku bersikap neutral dalam analisis kali ini. Dia suruh tegas sikit. Aku pun tak tahu nak kritik kat mana. Kenalah buat comparison kat negara-negara sebelah Europe dan US.

Penat juga dengar diaorang bercakap. Mana taknya sepatutnya ada 3 orang present paper tapi sorang cuti sakit, sorang mintak tangguh bulan depan. Habis 1 jam aku kena lecture macam-macam. Tapi okla. Ada dapat idea nak buat macam mana.

Hari ini juga dapat call ex-boss kat MOFA. Fix lunch appointment dengan dia next week. Boleh tanya pasal FTA dan minta pandangan dia pasal automotive policy. Terkejut dia dengar aku call. Seperti biasa, dia tersangatlah baik. Tak cakap sampai habis pun nak jumpa dia tapi dia dah ajak pergi lunch nanti. Hopefully dapat pergi Tokyo minggu depan. Kalau tidak, nampak gaya kena postpone semuanya. Huhu.....

p/s Hari nih banyak kereta polis kat highway. Sakit jantung bila tengah bawa laju tiba-tiba tengok kereta polis dok tunggu kat tepi R&R. Polis Yamaguchi nih memang rajin!.

Tuesday, April 13, 2010

Mail

Lepas dah siap report untuk esok nyer presentation, hantar email kat supervisor, minta dia komen pula.

Tak sampai beberapa jam pastuh, dapat reply dari dia. Pendek ajer tapi tak pernah dapat yang macam nih.

"力作ですね。明日を楽しみにしています。"

Yippie...Happy...happy...happy...Tapi esok berdebar-debar nak tunggu komen dari professor yang lain pula.

Monday, April 12, 2010

Nasihat

Tadi ada kelas dengan Yoon sensei sama kohai 1st year (Korean). Mula-mula aku explain pasal timetable research aku ngan thesis outline. Sensei komen kata kurang penekanan dalam bab research background and problem identification. Lepas tuh, dia kata yang dia akan supervise paper untuk conference bulan 10 nanti. Takdelah pening nak fikir apa nak present setiap kali kelas. Kiranya dalam kepala otak dah ada idea nak report apa depan sensei.

Bila sampai kohai aku (kohai aku panggil aku "nuna, 姉さん"...huhu) punya turn, habis dia kena dengan sensei. Kasihan sungguh. Awal-awal lagi sensei kata jangan fikir apa yang dia nasihatkan nih berkaitan dengan 人間関係(hubungan sesama manusia?). Tapi fikirlah apa yang dia kata nih berkaitan dengan study/research.

Sensei kata takde istilah 迷ってる (confuse) dalam study, sebaliknya yang ada hanyalah 勉強不足(kurang belajar). Gunakan masa yang ada untuk baca buku, journal berkaitan dengan bidang yang kita minat. Masa belajar sekarang nih adalah masa yang mana otak sedang aktif digunakan jadi apa sahaja yang dipelajari sekarang akan mudah masuk dalam kepala.

Sensei cerita yang dia dulu pun pernah ponteng kelas sebab tak minat dengan apa yang lecturer ajar dan dia rasa masa tuh sepatutnya digunakan untuk baca benda yang dia minat sahaja. Sensei pesan yang bila ada minat, mesti ada usaha. Bila ada usaha walau susah, 壁に打つかっても,kena tahan dan tekad bagi sampai habis.

Banyak lagi yang sensei kata yang aku rasa banyak betulnya especially bila sampai bab minat. Kalau tak minat dalam bidang tuh, walau usaha macam mana pun susah nak berjaya. Habis ajer kelas, balik ke bilik research sama kohai sambil dia meluahkan perasaan pasal nak tukar tema research. Aiyo...sejak bila aku jadi kaunselor nih........

Sunday, April 11, 2010

Aku

Dah lama sebenarnya tak kumpul ramai-ramai dengan orang Malaysia. Adalah jumpa kohai Yamaguchi berapa kerat, jumpa kaum ibu pun berapa kerat sahaja. Kalau jumpa, biasalah orang perempuan mesti banyak mulut nak cerita macam-macam.

Entah macam mana baru perasan hari ini, kalau aku explain something mesti kena berulang kali barulah orang yang dengar tuh faham. Penyusunan ayat sokmo tak betul. Lagi satu, aku kehilangan banyak perkataan dalam kepala. Benda yang cakap tuh tak keluar kat mulut. Susahnya nak cari perkataan lain untuk ganti perkataan tuh.

CPU otak dah penuh?. Atau banyak habuk, kena cuci?. hmm..entry entah apa-apa untuk hari ini. Next week ada presentation sejak naik 2nd year PhD. Apa yang nak di-present pun tak tahu. Mata dah mengantuk.

Arghhhhhhh.....Tolonglah mata...

Thursday, April 08, 2010

Tag

*You are sooooo true lah kak. Saya memang suka blog dengan gambar!...hehe

1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2) Select the 8th photo in that folder.
3) Post that photo along with the story behind it.
4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Tarikh: 3/November/2008

Gambar di atas di ambil waktu kami, 4 beranak buat "morning walk" ke tapak istana Moji. Istana nih dibina pada tahun 1185 dan terletak di atas bukit berdekatan dengan Mekari Park. Cantik sangat pemandangan atas bukit nih. Boleh nampak selat Kanmon dan bandar Shimonoseki.

Sejarahnya pula, ketua komander perang puak Taira namanya Taira no Tomomori yang mengarahkan pembinaan istana Moji tahun 1185. Selepas itu bila masuk zaman perang saudara dalam Jepun dari tahun 1493/1467 hinggalah 1573, istana Moji bertukar tangan mengikut pemerintah Buzen (nama jajahan Kokura yang dulu). Oh ya, nama Moji sebenarnya adalah dari nama Majistret Buzen tahun 1255.

Kawasan Istana Moji nih amat strategik jadi tidak hairanlah kalau ramai pihak yang bertelagah berminat untuk menakluk kawasan ini. Boleh nampak kapal perang masuk dan boleh teropong ke kawasan lawan (Shimonoseki). Malangnya pada tahun 1617, istana ini dirobohkan dan pada tahun 1892, kawasan tapak istana ini dijadikan kubu pertahanan pihak Tentera Laut Jepun sewaktu permulaan perang China-Jepun yang pertama.

* Berdasarkan terjemahan kasar dari Bahasa Jepun dan pemahaman saya dari Wikipedia dan pelbagai website sejarah Moji.

saya pass tag nih pada:

1) Coy
3) Fith
4) Noni
6) HE

Selamat mencuba di waktu boring ya:)

Tuesday, April 06, 2010

Doraemon


Semalam dapat kad dari Haziq. Terharu!.

"ハニーズリナへ、いつもおいしい給食ありがとう。明日からも頑張っておいしい給食を作って、勉強も忘れないで頑張りましょう。ハジックより”

Maknanya lebih kurang cam nih,
"Terima kasih kerana selalu memasak bekal makanan yang sedap. Mulai dari esok, buatkan bekal makanan yang sedap untuk saya dan jangan lupa belajar ya. Dari Haziq". (teruknya BM ku!. huhu).

Esok Haziq dah mula sekolah darjah 2. Nampak gaya hari-hari kenalah selalu check menu sekolah dia.... 頑張ります!

PIC

Hazim lukis muka dia untuk お当番(otouban)

Muka kawan-kawan yang lain. Comel sangat lukisan diaorang nih..

Hazim dah jadi 年長 (kelas paling atas - budak umur 5-6 tahun). Tahun depan dah boleh masuk darjah 1, sama sekolah dengan Haziq. Setiap hari, budak-budak kelas Hazim akan dibahagikan mengikut tugas.

Antara tugas-tugasnya:
1) bawa bakul berisi bekal nasi ke pejabat guru,
2) Bahagikan makanan tengahari, letak dalam dulang dan beri pada kawan
3) Lap koridor
4) Bawa laporan kedatangan dan report berapa ramai yang hadir pada guru besar

Seronok budak-budak nih bila diberi kerja. Bersungguh-sungguh nak buat. Tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan betul. Tugas akan bertukar setiap hari, jadi bila pagi-pagi lepas sensei sebut nama, sensei akan tunjuk hari ini giliran siapa yang buat tugas-tugas di atas berdasarkan gambar muka setiap orang.

Sunday, April 04, 2010

Menulis


Sejak setahun yang lepas, Haziq mula belajar asas menulis kaligrafi Jepun (書道-shodo). Darjah 1 kena belajar tulis hiragana, katakana dan kanji yang mudah dengan menggunakan pensil TANPA pemadam. Tujuannya supaya bila menggunakan berus (darjah 3), pelajar tidak kekok untuk terus menulis kerana dakwat hitam tidak boleh dipadam kelak. Tengok macam mudah sebab guna pensil tapi bila sendiri cuba, tunjuk kat cikgu, banyak betul yang salahnya.


Hazim pun dah mula belajar menggunakan pensil sejak bulan 1 harituh. Walaupun agak awal, tapi Hazim memang suka belajar sama Haziq. Hazim, student paling muda dalam kelas.

Kelasnya setiap sabtu minggu pertama dan ketiga dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Bayarannya hanyalah 500 yen setiap bulan. Cikgu yang mengajar bukan ambil pun duit yuran. Sebaliknya duit yuran digunakan untuk membeli hadiah setiap hujung tahun persekolah (bulan 4) untuk pelajar semua.

Sabtu yang lepas, Haziq dan Hazim (juga kawan-kawan darjah 1 yang lain) dapat hadiah set belajar kaligrafi (beg, berus, dakwat hitam dan macam-macam lagi). Seronok betul diaorang. Bila sampai kat rumah tak sempat-sempat nak testing bawa beg. Tunggu ya lagi setahun....

Saturday, April 03, 2010

Dekat

Sakura di Mekari Park (2010.4.2)


Sakura di Kokura Castle (2010.3.27)



Thursday, April 01, 2010

kyou wa

今日はね。。すごい落ち込んでるの。
なぜかというと、研究助成を大学の担当者に聞くとき、
「これはね、難しいですよ。厳しい。競争率が高い」って言われたから。

どんなに探しても、どこにもない。
人文社会科学分野に対する援助が少ない。

先輩に聞いても、わからない。
みんな別の研究方法を使った。

でも、私、いい研究をするために、他人と違う方法をしたい。
同じものばっかりと、つまらない、価値がない。

どうする?
頑張れる?
疲れた。。