Sejak setahun yang lepas, Haziq mula belajar asas menulis kaligrafi Jepun (書道-shodo). Darjah 1 kena belajar tulis hiragana, katakana dan kanji yang mudah dengan menggunakan pensil TANPA pemadam. Tujuannya supaya bila menggunakan berus (darjah 3), pelajar tidak kekok untuk terus menulis kerana dakwat hitam tidak boleh dipadam kelak. Tengok macam mudah sebab guna pensil tapi bila sendiri cuba, tunjuk kat cikgu, banyak betul yang salahnya.
Hazim pun dah mula belajar menggunakan pensil sejak bulan 1 harituh. Walaupun agak awal, tapi Hazim memang suka belajar sama Haziq. Hazim, student paling muda dalam kelas.
Kelasnya setiap sabtu minggu pertama dan ketiga dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Bayarannya hanyalah 500 yen setiap bulan. Cikgu yang mengajar bukan ambil pun duit yuran. Sebaliknya duit yuran digunakan untuk membeli hadiah setiap hujung tahun persekolah (bulan 4) untuk pelajar semua.
Sabtu yang lepas, Haziq dan Hazim (juga kawan-kawan darjah 1 yang lain) dapat hadiah set belajar kaligrafi (beg, berus, dakwat hitam dan macam-macam lagi). Seronok betul diaorang. Bila sampai kat rumah tak sempat-sempat nak testing bawa beg. Tunggu ya lagi setahun....
No comments:
Post a Comment