Tadi ada kelas dengan Yoon sensei sama kohai 1st year (Korean). Mula-mula aku explain pasal timetable research aku ngan thesis outline. Sensei komen kata kurang penekanan dalam bab research background and problem identification. Lepas tuh, dia kata yang dia akan supervise paper untuk conference bulan 10 nanti. Takdelah pening nak fikir apa nak present setiap kali kelas. Kiranya dalam kepala otak dah ada idea nak report apa depan sensei.
Bila sampai kohai aku (kohai aku panggil aku "nuna, 姉さん"...huhu) punya turn, habis dia kena dengan sensei. Kasihan sungguh. Awal-awal lagi sensei kata jangan fikir apa yang dia nasihatkan nih berkaitan dengan 人間関係(hubungan sesama manusia?). Tapi fikirlah apa yang dia kata nih berkaitan dengan study/research.
Sensei kata takde istilah 迷ってる (confuse) dalam study, sebaliknya yang ada hanyalah 勉強不足(kurang belajar). Gunakan masa yang ada untuk baca buku, journal berkaitan dengan bidang yang kita minat. Masa belajar sekarang nih adalah masa yang mana otak sedang aktif digunakan jadi apa sahaja yang dipelajari sekarang akan mudah masuk dalam kepala.
Sensei cerita yang dia dulu pun pernah ponteng kelas sebab tak minat dengan apa yang lecturer ajar dan dia rasa masa tuh sepatutnya digunakan untuk baca benda yang dia minat sahaja. Sensei pesan yang bila ada minat, mesti ada usaha. Bila ada usaha walau susah, 壁に打つかっても,kena tahan dan tekad bagi sampai habis.
Banyak lagi yang sensei kata yang aku rasa banyak betulnya especially bila sampai bab minat. Kalau tak minat dalam bidang tuh, walau usaha macam mana pun susah nak berjaya. Habis ajer kelas, balik ke bilik research sama kohai sambil dia meluahkan perasaan pasal nak tukar tema research. Aiyo...sejak bila aku jadi kaunselor nih........
No comments:
Post a Comment