Thursday, April 08, 2010

Tag

*You are sooooo true lah kak. Saya memang suka blog dengan gambar!...hehe

1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2) Select the 8th photo in that folder.
3) Post that photo along with the story behind it.
4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Tarikh: 3/November/2008

Gambar di atas di ambil waktu kami, 4 beranak buat "morning walk" ke tapak istana Moji. Istana nih dibina pada tahun 1185 dan terletak di atas bukit berdekatan dengan Mekari Park. Cantik sangat pemandangan atas bukit nih. Boleh nampak selat Kanmon dan bandar Shimonoseki.

Sejarahnya pula, ketua komander perang puak Taira namanya Taira no Tomomori yang mengarahkan pembinaan istana Moji tahun 1185. Selepas itu bila masuk zaman perang saudara dalam Jepun dari tahun 1493/1467 hinggalah 1573, istana Moji bertukar tangan mengikut pemerintah Buzen (nama jajahan Kokura yang dulu). Oh ya, nama Moji sebenarnya adalah dari nama Majistret Buzen tahun 1255.

Kawasan Istana Moji nih amat strategik jadi tidak hairanlah kalau ramai pihak yang bertelagah berminat untuk menakluk kawasan ini. Boleh nampak kapal perang masuk dan boleh teropong ke kawasan lawan (Shimonoseki). Malangnya pada tahun 1617, istana ini dirobohkan dan pada tahun 1892, kawasan tapak istana ini dijadikan kubu pertahanan pihak Tentera Laut Jepun sewaktu permulaan perang China-Jepun yang pertama.

* Berdasarkan terjemahan kasar dari Bahasa Jepun dan pemahaman saya dari Wikipedia dan pelbagai website sejarah Moji.

saya pass tag nih pada:

1) Coy
3) Fith
4) Noni
6) HE

Selamat mencuba di waktu boring ya:)

No comments:

Post a Comment