Tuesday, May 18, 2010

Perjalanan

Semalam ada kelas dengan Yoon sensei sama kohai Korean 1st year. Terasa macam malas nak attend kelas kalau dia present. Sebab tak faham dan tiada kaitan dengan research sendiri. Lagi satu dia buat report bagaikan melepaskan batuk di tangga. Setiap kali jumpa aku, mesti kata "habislah hari nih dia kena sembur dengan sensei". Balik-balik kata dia tak tahu nak tulis pasal apa.

Sedangkan last two weeks lagi, sensei dah bagitahu apa topik yang dia kena buat. Penat tengok dia kena marah setiap kali dia present. Tapi takperlah, lepas ni maybe dia akan buat betul-betul. Tapi tak tahu juga sebab dia kata maybe next year dia nak berhenti. Nak ambil master dalam tema yang lain. Bukan "clusters in automotive industry".

PhD 1st year bukan macam MA 1st year. Masa untuk berehat sambil baca blogs. Dah lain sangat. 1st year nihlah nak buat literature survey. Baca sebanyak buku, journal, maklumat dalam internet yang ada kaitan dengan tema research. Kalau rasa tak sempat nak baca, tulis tajuk buku/journal dan simpan dalam satu list (references). Paling penting, kena tahu apa orang lain kata mengenai tema research kita.

Lepas tuh, senaraikan nama reseachers atau penulis buku/journal yang kita rasa tema dia dekat-dekat dengan tema kita. Cari research terkini bawah nama researcher nih. Sentiasa baca blog dia. Kalau orang tanya siapa author yang ada kaitan dengan tema research kita, boleh jawab tanpa teragak-agak.

Bab ini penting untuk tengok kat mana kedudukan research kita nanti. Kalau orang dah pernah buat pasal tema yang kita nak buat, baik tak payah. Cari tema yang baru. Originality tersangatlah penting. Tak mengapa kalau buku rujukan sedikit sebab originality senang dapat kelak.

Bila dah sampai peringkat ini, barulah masuk 2nd year. Mencipta idea sendiri dengan bantuan existing literatures. Bab ini memang susah. Boleh guna satu whiteboard besar dan tulis segala maklumat pasal tema research kita. Lepas itu, duduk jauh sikit dan tengok. Ada tak keyword yang berkait rapat dan keyword yang boleh digunakan bawah tema yang sama.

Lama-kelamaan, datanglah idea mencurah-curah bagai air paip yang bocor. Bila sampai di sini, barulah terasa lega. Tapi belum lagi. Lepas ini bab nak menulis thesis. Takut sebab tak sempat tapi harap-harap dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment