Tuesday, May 06, 2008

Mojiko Retro Fiesta

Depan Kaiwo Maru

Setiap kali cuti Golden Week (lebih kurang 4 hari) di Jepun, ada macam-macam acara diadakan contohnya macam dekat sini, Mojiko Retro Fiesta. Ada pameran seni, tarian, jualan makanan dan paling best ada kapal Jepun, Kaiwo Maru datang berlabuh. Kapal nih macam training ship for students yang nak jadi sailors. Pukul 10pagi keluar rumah. Dekat jer nak tengok kapal Kaiwo Maru. Haziq dah tengok semalamnya so bila nampak Kaiwo Maru, sibuk kata Haziq dah tengok semalam. Hazim saja yang baru first time tengok dekat. Takper, next year boleh pergi tengok sama kawan dan sensei.


Dramaship dekat-dekat dengan Kapal Kaiwo Maru berlabuh


Sementara nak tunggu Kaiwo Maru “bentang kain layar”, kami jalan-jalan ke Dramaship (macam muzium sejarah tentang Selat Kanmon). Menarik. Lagendanya, dahulu tiada Selat Kanmon yang memisahkan pulau Kyushu dengan pulau Honshu. Bersambung dengan satu pulau yang ada lubang ditengahnya. Pulau ini dipanggil Anato (maknanya dalam bahasa Jepun Pulau Lubang). Cuma kapal kecil sahaja yang boleh lalu tetapi bila satu peperangan nak meletus keesokkannya, malam itu tiba-tiba pulau itu terpisah dari tanah besar dan hanyut menjadi sebuah pulau lain yang sekarang namanya Hikoshima berdekatan dengan Yamaguchi Prefecture. Jadi orang yang nak gi berperang dekat-dekat situ susahlah nak berperang sebab kena lintas selat yang sebelum nih takde.


Hazim dengan tanda "peace" atas kepala


Pukul 1 tengahari kami keluar dari Dramaship dan melepak dekat padang depan situ untuk tengok acara menurunkan kain layar Kapal Kaiwo Maru. Orang pun dah berkumpul. Ada ramai practical students yang nak jadi sailors (termasuk 10orang student perempuan) terlibat dalam acara ini. Semua berkaki ayam sebab nak panjat tingi-tinggi nanti. Paling seronok dengar suara diaorang nih serentak sambil bersungguh-sungguh menarik tali kain layar. Angin pun agak kuat so boleh nampak kapal bergerak sedikit bila kain layar dah diturunkan. Kagum sungguh!!Habis tengok Kaiwo Maru kami jalan-jalan sekitar situ dan balik lepas Hazim kata kaki dia dah sakit dan minta didukung.

No comments:

Post a Comment