Tuesday, May 06, 2008

Sasebo Part 1

Briefing oleh pihak penganjur yang tak bertauliah


  • Esoknya pula, kami bertolak ke Sasebo bersama dengan rakyat Malaysia yang belajar di Kitakyushu. Ada 6 buah kereta semuanya dan kami mula berkumpul di check point 1 (Kurate PA) jam 9:30pagi. Selepas briefing segalanya, kami bertolak dari Kurate PA menghala ke Sasebo pukul 10pagi.
  • Cuaca memang bagus dengan matahari menyinar dan orang + kereta punyalah banyak!. Semua pakat nak keluar berjalan-jalan. Jadiknya traffic jam dekat Tosu Junction. Tosu Junction terbahagi kepada 3 arah. Nagasaki Highway, Oita Highway dan Kyushu Highway. Satu-satunya highway bentuk clover (apa ya dalam BM?) di Jepun nih. Tapi kalau traffic jam di Jepun nih taklah seteruk di Malaysia sampai takleh jalan. Average 60kmj. Lepas check semua orang punya position, kami meneruskan perjalanan ke arah Sasebo di Nagasaki.
  • Kami tiba di Sasebo Minato IC pukul 1tengahari. Perut pun dah lapar. Cari taman dekat dengan tol untuk berhenti makan tengahari tapi dah penuh dan taman tuh kena mendaki lak. Cancel nak makan kat situ. Cuba cari taman berdekatan. Ada satu taman tapi rupanya tuh taman kat dalam base. (America Marine Base). Tak boleh masuk pulak.
  • Sasebo nih keliling penuh US Army base. Pusing-pusing cari taman nampak ramai gak Mat Saleh jalan-jalan. Ada nampak anak Mat saleh yang muda belia dok main skate board. Kereta depan yang ada perempuan jepun dok nak usha mat saleh. Huhuhu...sempat lagi dalam jam nih....Terasa Sasebo seperti sempit dan penuh. Akhirnya, kami terus ke Saikai Pearl Sea Resort (西海パールシーセンター)yang cuma 15 minit dari tol.

No comments:

Post a Comment