Kami singgah makan di taman berdekatan dengan Saikai Pearl Sea Resort. Ramai sungguh orang dan macam biasa nak parking pun payah. Kat Jepun nih janganlah sebarangan parking kereta kalau tak mahu kena denda paling kurang RM400. Kena pusing dekat setengah jam barulah jumpa parking. Bentang alas makan, sediakan makan (macam-macam lauk pauk, makanan ada. banyak sungguh!) dan solat. Lepas tuh kami bertolak masuk ke Saikai Pearl Sea Resort yang ada tiga benda: akurium, muzium kapal dan tempat untuk keluarkan mutiara. Di sini terkenal dengan mutiara tapi malangnya sebagai organizer, terpaksa korbankan masa untuk cuba keluarkan mutiara dari kulitnya untuk membeli tiket menaiki kapal Pearl Queen pusing Kujukushima (maknanya pulau 99).
Walaupun nama pulau nih 99 tetapi sebenarnya ada 208 biji pulau kecil-kecil disekitar sini. Tak sure orang boleh beli ker tak pulau-pulau nih. Seronok naik kapal selama 50 minit, pusing keliling Kujukushima. Macam-macam bentuk pulau yang ada. Jepun menamakan pulau mengikut rupa bentuknya. Macam ada bentuk singa duduk, anjing, bentuk cross, horse saddle, semuanya nama mengikut rupa bentuk pulau -pulau itu semua.

Ada dua pilihan kapal untuk cruising. Satu kapal yang kami naik, Pearl Queen dan satu lagi kapal lanun. Kapal lanun nih lebih kepada kanak-kanak. Kebetulan time naik kapal Pearl Queen nih bertembung ngan kapal lanun dalam perjalanan baliknya so sempat snap kejab.
Nasib baik kami dah booking awal-awal nak naik kapal nih sebab memang orang ramai dan kalau lambat beli mesti kapal dah penuh. Kena tunggu lama. Kapal yang seterusnya agak mahal sebab boleh tengok suasana matahari terbenam di situ.

Salah satu pulau yang ada dua gua
Lepas habis naik kapal, kami masuk semula untuk ke Muzium Kapal dan melihat pameran "Haiwan yang pelik-pelik". Ada ikan bentuk kayu, ikan emas mata ke atas, ikan yang ada beg plastik dekat perutnya, cicak takde kaki dan macam-macam lagi. Semua tuh masih hidup.
Lebih kurang pukul 6 petang, dah nak dekat tutup, kami semua keluar dan berehat sebentar untuk ke destinasi seterusnya, shooting location filem The Last Samurai==> Ishidake Tenbodai (Observatory) yang letaknya cuma 10 minit dari Saikai Pearl Sea Resort.

No comments:
Post a Comment