Thursday, May 01, 2008

Esok.......

Tengah nak siapkan report untuk kelas esok. Apa nak goreng ya?..Hehehehe. Dahlah mood cuti Golden Week = jalan sakan........

Esok Ayah dah cuti tapi kena pergi kerja sekejab.
Haziq ada rombongan kelas nak pergi tengok kapal Kaiomaru berlabuh dekat pelabuhan Moji.
Jalan kaki dalam 15 minit sampailah kot. Sekolah kat Jepun nih banyak suruh budak-budak berjalan. Pagi-pagi kalau tak hujan dan sejuk, mesti cikgu-cikgu akan bawa budak-budak umur 3 tahun ke atas jalan kaki samaada naik bukit atau ke stesen keretapi yang ada dekat sini.
Sambil jalan budak yang lebih tua kena pegang tangan budak yang lebih muda. Haziq selalu pegang tangan Hazim bila keluar berjalan pagi-pagi.

* Otak tengah rehat kejab sebab nak cari idea bagus nak tulis kat report.

No comments:

Post a Comment