Friday, February 15, 2008

Macam-macam

Dua hari lepas ada orang dari shiyakusho (pejabat daerah)telefon mengenai pembayaran yuran nursery Haziq dan Hazim. Disebabkan tahun lepas dah ada income tetap (taxable income) , mulai bulan 4 ini yuran sekolah pun akan naik. Tetapi berdasarkan income yang belum di "declare", yuran yang akan dibayar menjadi mahal. Hari ini lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, pergi ke shiyakusho untuk bertanya dengan lebih lanjut. Orang shiyakusho nasihatkan suruh declare income dan masukkan nama bawah husband sebagai tanggungan (sebelum ini tak masuk sebab company kata tak boleh - dapat scholarship). Pening dengan sistem cukai kat Jepun. Banyak betul kena deduct. Macam-macam jenis cukai pun ada.





Lepas tuh pergi pejabat cukai untuk tanya kalau boleh masuk nama bawah husband as tanggungan. Officer kat situ kata boleh so kena declare income kat AIM building (dalam setengah jam dari rumah). Bila sampai kat situ, ramai betul orang dok beratur. Ingatkan mesti ambik masa 2, 3 jam. Sure kena gi lunch. Tengok jam dah pukul 10:50pagi. Ada orang jaga setiap tempat. Lepas register, tunggu dalam 10 minit, nombor kena panggil, isi borang (diaorang isikan kat komputer) pastu jeng..jeng..jeng... dapat refund duit lagi. Walaupun tak banyak tapi memang tak sangka boleh dapat refund. Yang paling best, semuanya tak ambil masa pun. Dalam 1 jam semua selesai. Keluar dari AIM dengan muka senyum melebar......






Lepas settle income tax semua nih, pergi hantar kotak pindah rumah dengan plastik tahan pecah (ala..yang boleh main letop2 tuh) ke rumah Ina di Tobata (15 minit pecut sebab janji pagi nak gi sana tapi sampai-sampai tengok dah tengahari). Lepas dijamu makan beehoon tomyam ngan kek coklat, bertolak nak gi buang child seat. Sayang tuh sayang sebab masih boleh guna tapi dah buruk so baik buang ajerlah. Pergi ke tempat pembuangan barang yang besar-besar di Kokura. Luas betul kilang nak buang sampah nih. Semua jenis sampah ada. Dari sekecil-kecil sampah hingga sebesar-besar sampah dibuang disini. Waktu sampai kena register kata nak buang apa. Lepas tuh bawa dengan kereta ke tempat buang sampah yang besar. Bersih!!.Lepas buang sampah pergi ke tempat pembayaran (macam vending machine) dan bayar. Setiap 10kg kena 100yen. Semuanya ada 4 check point. Yang bagusnya tak de sampah dan bau yang kurang menyenangkan langsung di sini. Kebanyakkan kenderaan yang masuk sini ialah lori warna hijau yang bersih dan cantik. Lori sampah di sini semuanya warna hijau dan ada lagu lagi.






Di belakang kawasan ini ada satu tempat namanya recycle plaza. Pergi masuk sini sebab dengar kata perabot second hand yang cantik pun dijual dengan harga yang teramatlah murah. Memang betul!!!Ada perabot pinggan, perabot tv, katil, basikal, sofa, perabot baju dan kerusi. Paling mahal pun yen6000 tapi macam baru!!!. Sistemnya kena tulis no perabot yang kita mahu (paling maksimum 3 buah (biji?) perabot) dan setiap 20hb satu cabutan undi akan dijalankan. Siapa yang kena dapatlah beli perabot itu. So ikut nasiblah. Kalau kena, memang bertuah sebab perabot dan basikal masih cantik-cantik lagi. Ada basikal macam mountain bike cuma yen 2000 sahaja!!






Lepas ke recycle plaza, drive balik ke Moji nak settlekan pasal yuran sekolah Haziq dan Hazim. Dalam perjalanan balik, singgah Trial beli barang dapur. Time nih dah mula sakit kepala sebab cuaca pun agak panas. Dah habis beli barang, pergi jumpa balik orang shiyakusho untuk beri kertas income tax yang sudah declare dan yeay.....dapatlah murah sikit dari sebelumnya. Apa-apa halpun yurannya maybe dalam yen3-4man jugak (RM900 -RM1200). Yuran sekolah nih ikut pendapatan ibu bapa so kalau tinggi pendapatan makin mahal kena bayar yuran sekolah.






Hari ini dari pagi sampai ke petang penat ke hulu hilir. Yang penting semua kerja dah beres. Yahoo!!!!!....

No comments:

Post a Comment