Wednesday, February 13, 2008

Hari yang ber-yuki.....

Pagi-pagi tengok kat luar dah putih. Ayah pergi kerja pun kena naik bas. Kejut Haziq dan Hazim pukul 7 lebih terus ajak main di luar. Time nih yuki (salji) still turun dengan lebatnya. First time untuk tahun nih. Last year, 2 february yuki turun. kali nih lewat seminggu lebih. Kalau tahun lepas main di taman bawah, kali ini main di atas tempat parking kereta. Haziq dan Hazim pun suka sangat main. Tak keruan jadiknya. As usual Ummi kena jadik photographer. Buatkan Haziq punya snowman. Ada 2. Satu kecil dan satu lagi besar. 30 minit duduk kat luar, Hazim start menangis sebab tangan dah sejuk, hingus dah meleleh sebaldi. Huhuhu...so bawak Hazim masuk dalam tapi bila ajak Haziq masuk, taknak pulak. Lepas main 10/15 minit barulah Haziq nak masuk. Tuhpun kena pujuk kata petang nanti boleh main lagi. Lepas main air panas dalam bathtub barulah menghadap breakfast... dah pukul 10 lebih dah.....


Depan kereta yang dah diselimuti yuki tebal.
Jalan nak turun bawah penuh yuki
Haziq dan Hazim tengah berusaha nak buat yuki daruma (snowman) yang besar
"Adik dah tak laratlah. Abang buat ya!"si haziq lak "eyyyyah...eyyyyah...Ummi tolakkan...berat!!"
Yukidaruma style malaysian. Herot muka dia.....
Diantara pepohon dan rumah

No comments:

Post a Comment