Saturday, February 09, 2008

Yudaonsen

Lepas nih maybe dah tak naik keretapi ke Uni. Tinggal satu kelas seminggu so maybe gi drive sampai Uni. Untuk kenangan, dok bawaklah kamera hari jumaat nak ambil gambar Yudaonsen eki dan kawasan sekitarnya.
Inilah Yudaonsen eki (stesen keretapi) - turun kat eki nih pastuh naik basikal ke Uni dalam 15 minit tapi kalau pecut 8 minit leh sampai. Kalah M. Kumaresan especially kalau tak copy kertas peresentation lagik. Yudaonsen terkenal dengan onsen (kolam air panas).
Eki nih sebelahnya ada air panas onsen tapi setakat basuh tangan, basuh muka lepas itu nak basahkan kain tuala ker bolehlah. tak boleh nak berendam dalamnya. Time winter selalu basahkan tangan, main air kat sini.

Depan eki nih ada patung shiro kitsune (serigala putih). Lagenda di Yudaonsen. Suatu zaman dahulu yang jumpa onsen di sini bukannya orang tetapi seekor serigala putih yang luka. Ia tidak sengaja telah terjumpa onsen lalu pergi berendam di dalamnya untuk menyembuhkan lukanya. Apabila ada orang lalu di situ dan ternampak serigala putih, mereka pun cuba untuk berendam di dalamnya dan mula meyukai onsen. Lama kelamaan, semakin ramailah orang datang untuk berendam di onsen disamping menyembuhkan luka atau sakit mereka. Begitulah cerita nya dari tukang karut import Johor....
Basikal, basikal dan basikal. banyak betul basikal. Jangan tak tahu kat sini ada cctv. macam kat bank lak. Sejak akhir-akhir nih ada banyak kes kecurian basikal. Basikal di Jepun nih ada register nombor untuk mengelakkan dicuri. Bayar dalam Rm30. So kalau dicuri, kena lapor kat polis dan polis akan cari basikal kita tuh sampai dapat. Kadang-kadang nampak polis dok melilau kat sini cari basikal curi.
Saja ambil gambar jalan keretapi sebenarnya suka sangat tengok bunga kobis yang dok beratur tuh. Cantik lak. Nama sebenarnya tak tahu.....
Inilah keretapiku. Warna kuning lagi. Platform cuma satu. Yamaguchi Line nih paling tak efficient. Keretapi tak banyak. Dengar kata orang, line nih paling tak banyak untung tapi disebabkan datuk bandar Yamaguchi ada kepentingan politik di Yamaguchi prefecture, taklah dicancelkan line nih. keretapi nih tersangatlah lambat (slow motion) sebab banyak stesen nak berhenti pastu pemandangan keliling ialah kampung dan kampung serta kawasan kebun sayur belakang rumah orang jepun.

No comments:

Post a Comment