Wednesday, March 12, 2008

Jalan petang




Dah masuk haru (musim bunga)!!!Yeay. dah tak sejuk lagi. Lepas ambil Haziq dan Hazim kat sekolah, bawak jalan ke satu taman dalam 10 minit dari rumah. Taman nih agak tersembunyi so tak ramai orang yang tahu kat sini ada taman. Masuk pun jumpa hutan dulu. Dah lama tak gi taman nih so bila sampai tengok ada bunga warna putih tengah berkembang. Cantik dan wangi!. Sampai-sampai ajer Haziq dan Hazim main buaian kat taman mainan. Seronok sebab takde orang. Haziq dan Hazim pun apalagi tunggang terbalik main. Aman sungguh suasana. Sekali sekala nampak makcik jepun dok bawak anjing depa jalan-jalan. Bila nak balik, Haziq merengek minta dokong sebab pening main buaian kena pusing dengan abang Haziq.


Bila dah masuk haru nih, seronok sebab dah tak sejuk. Baju pun boleh pakai sehelai maknanya takdelah banyak sangat basuh baju. Yang paling penting, lipat kain baju pun jadi sikit!. Lepas ini, kena kemas kain baju winter masuk dalam kotak. Futon dan heater pun dah boleh simpan. Duduk kat negara 4 musim macam nih lah. Setiap kali tukar musim kena keluarkan baju musim tuh dan kena simpan baju musim sebelumnya.


Masuk bulan 4 nih dah kena pulun buat thesis master. Walaupun kelas cuma sekali seminggu tapi banyak dugaan bila buat kerja sekolah kat rumah. Kena buat schedule belajar. Semangat kena kuat. Yosh!!gambaruzo!!!



p/s Dah seminggu lebih ayah takde gi outstation ke Singapore dan Malaysia. Nanti balik Jepun, kena celebrate birthday Haziq yang dah lepas ya!

No comments:

Post a Comment