Wednesday, April 16, 2008

tak tahu nak letak title apa

Semalam gi U. Pergi gate ETC tak bukak lagi. Kereta belakang macam land rover dok hon hon...Tensen makcik!!!!Ingat kereta "Porsche" nih cabuk ka!!!!!Bila dah sampai Yamaguchi, call Nishi Nihon Highway punya office tanya kenapa takleh bukak gate.


Tak lama pastu diaorang call kata ada dua kemungkinan. satu sebab arial ETC tak betul (ETC pasang sendiri) so kena bawak gi Autobacks ker dealer kereta untuk diaorang check. Yang kedua mungkin bawak slow sangat. La...Dulu bawak laju sangat gate tak bukak. Kali nih bawak slow sangat pun tak boleh.


Tashikani time tuh bawak kereta bawah 20kmj. Memang slow. Kura-kura lagi laju kot. Tuh yang kereta belakang dok marah. Huhuhu... Jumaat nih sure trauma nak masuk kat Mojikou punya tol.


Tahun nih ada dua new students (master 1st year) dari Korea masuk kenkyushitsu yang sama. Yang lain tak pernah nampak muka lagi. Sorang nama I-san, sorang lagi nama Jon -san. Tahun nih meriah sebab ada macam-macam negara.

Bangladesh, Jepun, Thailand, Korea, China n Malaysia. Tapi tahun nih yang new students cuma 2 orang dari Korea. Yang lain semuanya dari China. Ramai giler. dekat 20-30 orang kot.


Nak jumpa foreign students dari US ker Europe countries ker Malaysia ker masuk Yamaguchi U nih memang susah. 20 tahun sorang dua orang adalah kot.Member Thai, Gon-san baru balik dari Thai bawak kuih Tart nenas. Huhuh..teringat tart nenas mak kedah punya!!!Sedapnya.....Terubat rindu kat Malaysia sikit walaupun kuih Siam mari....



Hari ini lak ada dua meeting kat sekolah HaziqHazim. Satu meeting pasal menu harian diaorang untuk bulan May, satu lagi meeting cam meeting PIBG la...Time meeting PIBG kena discuss sapa nak jadik Naib Presiden ngan tempat untuk ensoku (rombongan sekolah).


Disebabkan takde sapa volunteer nak jadik naib presiden - kena dua orang (yang datang cuma 10 orang) so semua orang except Presiden kena cabut undi. Semua senyap jer time Pengerusi Majlis tanya sapa nak jadik Naib Presiden. Time tuh dalam hati "Janganlah aku kena"...


Dahlah sorang gaikokujin (foreigner) time cabut undi, sungguh tak bertuah, kena jadik Naib Presiden!!!!..Alahai!!!Tangan tak bedung betul....Baru ingat nak ponteng meeting.......Lepas nih kenalah tunjuk muka selalu....



No comments:

Post a Comment