Wednesday, April 30, 2008

Cuaca

Hari Ahad lepas ada makan-makan sambil menyambut birthday party anak kawan, Syafikah di Green Park, Yahata. Tak pernah lagi masuk taman nih. Menarik betul sebab ada bunga, wombat, kangaru dan padang yang saaaaaangat luas. Kalau lepaskan Haziq dan Hazim kat padang nih mesti lari keliling padang happy macam baru lepas kena penjara. Tapi orang punyalah ramaiiiiii... Siap ada orang pasang khemah kat tengah-tengah padang.


Haziq dan Hazim nak tengok kangaru tapi sebab ramai sangat orang so cancellah. Lagipun ensoku (rombongan) sekolah Haziq dan Hazim, tempatnya ke Green Park nih. Time gi ensoku mungkin boleh tengok kangaru nih buat aksi macam-macam ya.


Sekarang nih dah masuk haru (spring) so bestlah kalau piknik kat taman atau padang. Nak keluar berjalan-jalan pun seronok sebab walaupun matahari bersinar, suhu tak tinggi sangat dan angin pun bertiup sepoi sepoi bahasa, terutamanya kalau jalan kat tepi laut di Moji.


Isnin kena gi sekolah submit borang TA. Nak dapat gaji...Yeay!. Lepas tuh gi settle kerja kejab then time nak balik, terserempak dengan kohai 1st year, Naim dan Zam. Borak-borak kejab dengan Naim yang baru ajer habis session "melayan-perasaan- depan- padang-sorang-sorang".


Ada satu padang tempat main bola, besbol. Ramai budak Jepun dok main kat situ so kadang-kadang seronok tengok diaorang main sambil duduk makan bento kat bawah pokok rendang. Kat depan padang tuh ada coop dan kantin sekolah(?). Kalau nak cari inspirasi tentang gelagat orang Jepun, duduklah dalam sejam kat depan tuh gerenti dapat tengok betapa happynya student jepun nih dapat masuk U, gelak ketawa, usik mengusik dan macam-macam lagi aktiviti diaorang.


Sekarang nih tinggal nak settle plan nak gi Sasebo, Nagasaki Prefecture cuti Golden Week nanti. Dah buat booking kat Saikai Pearl Centre dan Cruising, so tinggal nak check tempat makan dan onsen kalau dapat. First time nak gi konvoi 6 biji kereta sesama student di Kitakyushu ke tempat yang jauh camnih so hopefully semuanya berjalan lancar dan paling penting cuaca baik, insyaAllah. Doakan kami semua selamat perjalanan pergi dan balik.

No comments:

Post a Comment