Monday, February 12, 2007
Snow in Moji (First time for Haziq dan Hazim)
Monday, January 15, 2007
Haziq dan Hazim suka menyanyi lagu Jepun

Ummi dah lama tak tulis blog. Ummi nak shiken (exam) tak lama lgi so tuh yang tak sempat so hari nih ada gambar baru Haziq dan Hazim. Tuh yang Ummi gagahkan diri untuk cerita pasal Haziq dan Hazim balik sekolah nih. Haziq suka menyanyi lagu Jepun dan Hazim lak suka ikut Haziq. Banyak dah tahu cakap Jepun. Ummi tengok kalau kat sekolah bila sensei (cikgu) suruh Haziq dan Hazim buat itu ini cakap Jepun, Haziq dan Hazim dah faham. Cuma belum pandai susun ayat ajer. Haziq dan Hazim lak dah pandai main berdua. Kalau main mesti keluar cakap Jepun. Ummi dah mula nak ajar Haziq tulis alphabet. Hazim lak Ummi ajar lukis bentuk2. Tapi Haziq dan Hazim paling suka main lukis dan kaler2......Sunday, January 14, 2007
Friday, December 29, 2006
Undokai (Hari sukan)



Undokai nih dah lama cuma Ummi tak sempat nak cerita dalam blog. 30 September hari tuh. Waktu bulan puasa. Since Ayah kerja so Ummi kenalah pergi sorang ajer. Haziq dan Hazim still baru dan tak biasa bila tengok ramai orang. Haziq ok ajer bila nampak Ummi tapi bila Hazim nampak Ummi, Hazim nangis nak ikut Ummi so terpaksalah Ummi gi sembunyi. Kena tengok dari jauh. Sensei gi dokong Hazim ya. Tapi Haziq dah pandai ikut kawan2. Hazim lak still rasa confuse bila sensei dan kawan2 ramai2. Bila nak balik, dapat hadiah dari sekolah. Suka betul Haziq dan Hazim. Ummi lak bila balik rumah pengsan!. Penat!!!
Tuesday, December 26, 2006
Yume Tower di Shimonoseki




Lama betul Ummi tak tulis dalam blog. Banyak benda happened tapi tak sempat nak duduk depan komputer especially dengan Haziq and Hazim around. Mesti nak duduk sama tengok Ummi buat apa. Last week since dah lama tak pergi jalan2 sebab ayah asyik kena kerja hari sabtu, so bila weekend kali nih free bawak Haziq dan Hazim jalan2 ke Shimonoseki naikkereta. Setiap kali lalu tunnel mesti Haziq akan kata lalu terowong ikan. Terowong nih dalam laut so dia ada lukis gambar ikan kat pintu masuk. Panjang dan Haziq selalu kira nombor kat dinding terowong. Hazim lak mesti diam ajer masuk terowong. Mungkin gerun kot....Angin kuat sangat hari nih. Yuki (snow) pun turun sikit2. Sejuk gak tapi Haziq dan Hazim selamba tak kisah. Pipi siap merah2 lagik. Nasib baik pakai tebal sikit. Bila naik lif naik ke atas tower, Haziq pegang Ummi dan Ayah takut.....tinggi sangat. Tengok Hazim lak boleh buat dek ajer....Sampai kat atas Haziq paling suka tengok terowong. Dari atas tower nih boleh nampak laut, pulau, port, kapal dan rumah kita. Punyalah suka Haziq dan Hazim sampai taknak turun. Tapi Ummi gerun lak duduk kat atas lama2. Bukan apa tengok angin kuat takut lak bangunan goyang.........
Wednesday, November 22, 2006
Monday, November 06, 2006
lagi-lagi keretapi

Haziq dan Hazim setiap kali hujung minggu mintak nak naik keretapi. Tak larat dah Ummi nak naik..So sebab jadik good boy waktu gunting rambut (ayah potong), so Ummi ngan Ayah bawak naik keretapi gi Kokura. Macam biasa bila sampai mesti tuju kedai udon. Haziq dan Hazim suka makan Udon (mee putih tebal macam laksa), Ummi ngan ayah makan udon ngan tendon (nasi letak udang goreng atasnya). Memang favourite Ummi. Lepas makan, jalan2 kat eki pastu balik.Dah lama Ummi tak update blog nih. Sorilah kat semua. Acik Lin sure nak tengok rambut raya Haziq Hazim ya. Cikgu Haziq Hazim semua kata kakko iii (hensem). Huh..muka nampak brutal jer especially Hazim. Lepas tuh Hazim dah mula toilet training. Kekadang ikut mood jugak nak ke bilik air. Kena ikut Abang Haziq barulah ndak......
p/s Selamat Hari Raya Aidilfitri kat sumer. Sorilah ya lambat wish sebab Ummi batuk ngan demam......Haziq dan Hazim lak selsema ngan batuk. Ayah jer yang genki (sihat)...
Wednesday, October 25, 2006
Gi Itozu no Mori (Zoo)




Sunday, October 15, 2006
Hazim dapat hadiah birthday



Hari nih Ummi dan Ayah bawak Haziq dan Hazim gi Toy r Us. Syok sungguh Haziq Hazim. Macam tak pernah tengok mainan. Tapi satu tempat yang dok selalu tuju, keretapi. Thomas. Haziq Hazim sampai tak tahu nak pilih mana. Disebabkan hari tuh Ummi dan Ayah tak belikan lagi hadiah birthday Hazim, so Ummi dan Ayah pun belikan thomas besar. Ada dua keretapi lagi. Thomas, Hazim punya, Parsy, Haziq punya. Tak sabar2 nak sampai rumah. Ummi pun dapat hadiah birthday gak dari ayah. Buku resepi nak buat roti dan kek!!. Bila nak dekat sampai rumah, Haziq dan Hazim tidur dalam kereta tapi bila dah sampai, terus bangun nak main. Hazim selsema. Dengan meleleh air hingus pun, seronok main Thomas sama Haziq. Bila ajak hirune, taknak. Kejab2 dengar Haziq an Hazim berebut nak lukis jalan keretapi.....Tapi yang penting, Haziq dan Hazim dapat gak akhirnya mainan Thomas ya!!!
Bukak puasa di Izuka, Kita Kyushu

Monday, October 09, 2006
Birthday Hazim 2 tahun
Haziq dan Hazim get ready nak makan. Kat tangan Hazim tuh ada pancake lagik!...
Sedapnya Hazim makan kek ya...
Haziq nak gak potong kek sama-sama...
Haziq dan Hazim serta Ummi dan Ayah makan kek nak dekat habis. Tuh belum makan nasik lagik...jamah kek dulu...
Hari nih birthday Hazim so Ummi dan Ayah bawak gi jalan-jalan kat Mojiko Retro. Sambil2 tuh cari kedai import. Cuaca cantik sangat dan apa lagi Haziq dan Hazim dok explore kat situ. Banyak kapal. Hazim suka tengok kapal so dok tarik tangan Ummi gi jambatan.
Bila balik, Ummi buat kek birthday utk Hazim nak makan time berbuka. Bila waktu berbuka, Ayah, Ummi, Haziq dan Hazim ambik gambar nak potong kek. Leps tuh makan. Hazim dan Haziq suka sangat kek tapi tak suka buah peach kat atas. Makan banyak. Lepas tuh makan mee. Ummi buat mee kari tapi Haziq dan Hazim tak nak kuah kari cuma nak kicap. Okla. Dah kenyang, Haziq dan Hazim main selimut.
Jalan - jalan di Mojiko
Friday, October 06, 2006
Sushi
Haziq makan sushi first time. Pandai ambil sendiri. Telur ngan nasi. Tapi Haziq cuma nak makan nasi. Bila Ummi kata sushi tuh kena makan ngan telur barulah Haziq makan.
Hazim pun sama. Suka makan nasi ngan telur. Try makan kani (ketam) tapi keluarkan balik sebab ada nori (seaweed) agaknya.
Ummi lak khusyuk nak pilih makan apa sebab dah lama tak makan sushi so tak tahu nak pilih apa pun.
Ayah tolong suapkan sushi kat Hazim. Pandai Hazim makan sushi ya!.
Tuesday, October 03, 2006
Hari Sukan
Haziq duduk sama sensei so sensei buat apa jer Haziq ikut. Lagipun Haziq baru lagi tak hafal apa yang kena buat. Bila time aktiviti ibu bapa bersama anak2, Ummi kena jalan sama Hazim dan ambil epal masukkan dalam beg. Hazim dah tak nangis tapi taknak ambil epal. Takut kot tengok merah sangat. Lepas habis semua, Ummi duduk sama Hazim, temankan makan oyatsu dan minum susu. Sambil tuh Ummi tengok Haziq buat jalan atas tayar, jalan atas jambatan dengan bergayut kat batang besi. Bagus!. Haziq tak nangis pun. Mungkin tengok kawan2 buat so Haziq pun ikut sama.
Bila sampai aktiviti Ummi dan Haziq, Ummi bagi Hazim kat sensei. Apalagi, Hazim nangis nak ikut Ummi. Ummi kena tarik Haziq dudk atas tayar lepas tuh Haziq kena naik belakang Ummi. Pheh, dahlah puasa, letih gak....
Bila sampai rumah, Ummi dah pengsan dulu. Haziq dan Hazim seronok dapat hadiah dari sekolah. Bila Ayah balik, sibuk tunjuk hadiah kat ayah.
Saturday, September 23, 2006
Gambar Haziq dan Hazim time nak jalan ke parking kereta dekat Moji Eki
Sunday, September 17, 2006
Taufan
Saturday, September 16, 2006
Haziq dan Hazim mula belajar cakap jepun
Antara bahasa jepun yang Haziq dan Haziq dok cakap:
1) Oshikko (nak buang air)
2) Dame (tidak boleh)
3) kawaii (comel) - hazim pandai cakap kawaii....
4) Oishi (sedap) - sensei suruh makan bento (bekal) yang Ummi bawak so dok kata oishi kat Haziq dan hazim
5) Sensei (cikgu)
6) konnichiwa (selamat petang)
7) densha (keretapi)
8) shinkansen (bullet train)
9) bento (bekal)
Saturday, September 09, 2006
First Time Haziq dan Hazim naik keretapi



Hari ni Ayah dan Ummi bawak Haziq dan Hazim naik densha dari Moji ke Kokura. Adalah dalam 6 minit dok dalam densha. Sibuk Haziq asyik kata keretapi ayah, keretapi ayah....Hazim lak dok ikut abang Haziq kata keretapi. Bila sampai kat Kokura, Haziq tengok banyak keretapi. Ada monorail dan shinkansen. Sempat gak ambik gambar kat Kokura Eki.Bila nak balik lepas penat jalan-jalan dekat Kokura eki, Hazim mula ngantuk. So sempat ambik gambar kat tangga yang ada gambar shinkansen. Haziq dari jauh lagi dok kata "shinkansen" sambil lari ke situ. Cantik gak diaorang buat kat tangga tuh.
Naik densha balik, Hazim dah terlelap. Dok kat dalam densha dalam 10 minit, Haziq hairan kenapa tak jalan lagi so bile dengar bunyi wisel barulah Haziq faham. Seronok sungguh Haziq dan Hazim hari nih. Tapi bila balik, suhu badan naik. Demam rupanya Haziq dan Hazim ya......
Monday, September 04, 2006
Haziq dan Hazim first time pergi sekolah
Sunday, September 03, 2006
Haziq dan Hazim di rumah baru
Hari sabtu Ayah dan Ummi bawak Haziq dan Hazim pergi melawat muzium keretapi. Sukanya bukan main. Tak habis2 cerita pasal keretapi ajer. Setiap kali nak pergi beli barang mesti lalu muzium so Haziq mesti kata "keretapi Ummi, keretapi..."














