Tuesday, October 03, 2006

Hari Sukan

Hari sabtu lepas Hari Sukan sekolah Haziq dan Hazim. Ummi sorang jer yang pergi sebab Ayah kena kerja, takde cuti lagi. Bila sampai sekolah Haziq dan Hazim ikut sensei. Macam biasa, Hazim msti nangis tapi Ummi tinggal jugak. Bila dah mula perarakan kelas Haziq (Koguma) masuk ke padang dulu so Ummi lambai Haziq dan tunjuk tanda bagus!. Haziq senyum ajer. Tapi bila kelas Hazim (Usagi) masuk, Hazim nampak Ummi terus Hazim nangis nak ikut Ummi. Makcik yang duduk sebelah Ummi kata hah, dah nampak mak dia terus nangis ya!..Buat malu orang ajer. Since Hazim tak berhenti nangis so Ummi pergi sembunyi. Tengok dari jauh ajer.

Haziq duduk sama sensei so sensei buat apa jer Haziq ikut. Lagipun Haziq baru lagi tak hafal apa yang kena buat. Bila time aktiviti ibu bapa bersama anak2, Ummi kena jalan sama Hazim dan ambil epal masukkan dalam beg. Hazim dah tak nangis tapi taknak ambil epal. Takut kot tengok merah sangat. Lepas habis semua, Ummi duduk sama Hazim, temankan makan oyatsu dan minum susu. Sambil tuh Ummi tengok Haziq buat jalan atas tayar, jalan atas jambatan dengan bergayut kat batang besi. Bagus!. Haziq tak nangis pun. Mungkin tengok kawan2 buat so Haziq pun ikut sama.

Bila sampai aktiviti Ummi dan Haziq, Ummi bagi Hazim kat sensei. Apalagi, Hazim nangis nak ikut Ummi. Ummi kena tarik Haziq dudk atas tayar lepas tuh Haziq kena naik belakang Ummi. Pheh, dahlah puasa, letih gak....

Bila sampai rumah, Ummi dah pengsan dulu. Haziq dan Hazim seronok dapat hadiah dari sekolah. Bila Ayah balik, sibuk tunjuk hadiah kat ayah.

No comments:

Post a Comment