Monday, February 12, 2007

Snow in Moji (First time for Haziq dan Hazim)





2/2/2007 hari tuh salji turun utk pertama kali di Moji. Bangun tidur jer buat bento (bekal makanan) utk Haziq dan Hazim ke sekolah. Bila dah siap nak jemur kain pastu tengok la....yuki (snow) tengah turun...putih semua..Waa......terharu..cepat2 kejutkan Haziq dan Hazim ajak gi tengok yuki sambil nak buang sampah. Keluar nampak jiran jepun kat depan rumah tengah nak hantar anak dia ke sekolah. Alamatnya hari nih Haziq dan Hazim cuti sekolahla...Ummi tak berani nak bawak kereta time yuki turun nih...Lepas tuh pakaikan topi dan glove utk main yuki kat depan rumah dan taman. Haziq suka betul..Dok kata nak buat yuki daruma (snowman) ajer.Mana tahu tah,....maybe tengok buku kat sekolah kot.. Hazim lak kesejukkan....dok kata Ummi samui..samuii...(sejuk)...so ajak masuk dalam breakfast dulu then keluar gi taman kat bawah...Apa lagi suka betullah Haziq dan Hazim.. Buatkan kek birthday letak bunga kat atas... nak buat yuki daruma sikit sangat yuki so ada tanah sikit2..tak cantik...Dah sejam dok main ajak balik.. Tap Haziq taknak.. Hazim ajer... Sampai kat rumah dok depan heater... Agaknya penat, tak lamalepas tuh Haziq dan Hazim tidur....

3 comments:

  1. bestnya dpt main salji...

    ReplyDelete
  2. nananisa, best nye sekejab... mau tak beku tangan. time nak cair tuh yang sejuk.. budak2 bukan tahu sejuk..si Haziq kalau ajak masuk taknak lak...baru kenal seronok kot....

    ReplyDelete
  3. tapi mmg best bila dpt main salji. sejuk tak sejuk lain cerita. masa saya kat uk dulu time snow la yang seronok. main snowball fight dgn kwn2 kat belakang kolej during free period. dah penat main, pekena hot chocolate kat caffeteria. sweet memories! rindu nak main snow lg. time kita dah blk msia la br salji lebat kat sana. cis!

    ReplyDelete