Pernah baca dalam Twitter #phdchat yang kata kalau kita boleh terangkan research kita dalam satu ayat yang simple, maknanya kita dah boleh dianggap faham dan boleh submit dissertation (lebih kurang). So entri kali ini nak bagitahu apa research saya. Lagipun sekarang ini tengah mencari idea untuk tulis paper nak hantar jurnal yang lain pula. Mungkin agak bosan jadi boleh saja skip baca entri kali ini ya.
Waktu Master dulu, buat research mengenai FTA (Free Trade Agreement) ataupun Perjanjian Perdagangan Bebas. Makna FTA nih macam berniaga di mana-mana negara pun boleh sebab takde dikenakan cukai (dunia tanpa sempadan). Bila cukai takde, harga barang yang dijual pun boleh jadi murah. Dengar sekali macam bagus kan FTA nih tapi sebab FTA hanya ditandatangani oleh dua negara (bilateral) atau beberapa negara macam ASEAN (multilateral), kadang kala ada perjanjian yang tidak adil. Dalam perjanjian, mestilah ada barang yang kita bagi O% cukai dan mestilah ada 10% cukai. Yang 10% cukai nih mungkin ada banyak sebab. Contohnya, kita taknak barang dari negara luar masuk dan lagi murah dari barang local menyebabkan industri itu mengalami kerugian. Lebih senang lagi kita kata kita nak "lindungi" industri tersebut.
Bila buat perbandingan FTA antara Jepun dengan Malaysia, Jepun dengan Thailand, Jepun dengan Indonesia, Jepun dengan Filipin, terdapat satu industri yang betul-betul di"jaga" oleh negara ASEAN dan diminta "buka" oleh Jepun. Industri itu ialah industri otomotif. Lagi satu perjanjian FTA ada banyak bab di dalamnya. Ada pasal cukai import, prosedur kastam, kerjasama dalam teknologi dan lain-lain.
Jadi, dalam dissertation Phd, saya akan kaji mengenai kesan FTA dengan Jepun ke atas industri otomotif di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Mungkin kesannya masih terlalu awal untuk di analisis tetapi sekurang-kurangnya kita tahu samada isi kandungan perjanjian ini bagus atau tidak. Kalau Malaysia, kereta tidak boleh sewenang-wenangnya diimport dari Jepun kerana kereta nasional tetapi dalam masa yang sama, Malaysia banyak import alat komponen otomotif dari Jepun. Berbanding dengan Thailand, nilai export dan import alat komponen otomotif dari Jepun dan ke Jepun tinggi dan lebih kurang sama.
Macam mana pula dengan level teknologi industri otomotif Malaysia, Thailand dan Indonesia?. Ada tak kebaikan dari FTA dengan Jepun ini?.Inilah antara soalan-soalan yang saya akan cuba jawab dalam dissertation saya nanti. Saya akan cuba bandingkan dengan Asean Free Trade Area (AFTA) juga sebab banyak syarikat kereta Jepun suka gunakan AFTA berbanding dengan perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Hah, nak terangkan satu ayat tapi jadi panjang berjela pula. Tak banyak research paper mengenai kesan FTA pada industri otomotif. Kalau adapun sebelah US (NAFTA) dan negara-negara Eropah. Tidak pun kebanyakkannya pasal FTA secara menyeluruh bukannya ke atas satu-satu industri seperti otomotif atau pertanian. Harap-harap fieldwork bulan 5 nanti boleh kumpul info dari pakar dalam industri otomotif ini.
No comments:
Post a Comment