Thursday, April 21, 2011

Dinding


Inilah meja study kat rumah. Berserabut dengan kertas dan buku. Saya jenis tak boleh study kalau meja bersih dan kosong. Rasanya saya banyak menyumbang pada pembaziran kertas selama 5 tahun kat sini. Oh tidak...

Kertas- kertas yang kat depan meja tuh ada yang dari sekolah Haziq dan Hazim. Sekolah memang rajin bagi surat macam event untuk budak sekolah sekitar Kyushu. Kebetulan bulan 4 banyak kena buat pemeriksaan kesihatan macam ujian air kencing, check cacing dalam badan, ukur tinggi dan berat. Jadi banyaklah peringatan dari sekolah supaya patuh pada deadlines.

Gambar-gambar yang kat sebelah tuh pula sepanjang kami di sini, pendorong semangat nak habiskan PhD (ada satu jer gambar waktu Haziq baby ambil di Malaysia). Bawah frame gambar tuh pula, 切り紙 kirigami, seni Jepun menggunakan kertas Origami yang digunting menjadi pelbagai corak. Tuh hobi saya. Kalau tengok meja studi Haziq pula, ada ditampal origami bunga pelbagai jenis. Hobi dua beradik tuh pula.... Kesimpulan kat sini, kami tiga beranak memang tak boleh tengok dinding kosong, mesti ada jer benda nak gantung atau tampal:)

2 comments:

  1. salam perkenalan..
    kita serupa...dulu2 masa study saya pun suka meja berselerak..bukan apa.pada saya it's just nampak mcm rajinla...hehe

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga dari saya.
    haha..ada geng rupanya..nampak rajin pun boleh juga. Senang sebenarnya nak capai buku tuh buku nih, nak cari references semua:)

    ReplyDelete