Tuesday, April 26, 2011

Fieldwork 2

Sabtu nih dah nak bertolak ke Malaysia dan Thailand untuk buat Fieldwork. Seminggu ajer, tak lama tapi pressure balik untuk bercuti dan balik untuk kerja tuh lain sangat. Sampai masuk mimpi, buat interview dengan MD orang Jepun kat Malaysia. Cakap tak lancar, tersekat-sekat sebab nervous. Huhu. やばい。

Lagi satu nak kena tinggalkan Haziq dan Hazim seminggu dengan Ayahnya pun rasa lain juga. Hari Isnin dan Jumaat ada sekolah pula tuh. Sebelum nih, kalau ada conference mesti bawa Haziq dan Hazim tapi kali ini sebab tiket kapalterbang mahal (Cuti Golden Week di Jepun) jadi terpaksa balik seorang. Nak enjoy lebih-lebih kat Bangkok pun rasa bersalah. Tapi bukan boleh buat selalu so better ambil peluang keemasan ini untuk shopping sekali. Er, window shopping jer.

Sebelum nak balik, banyak benda kena selesaikan. Biasalah, sekretari takde, boss mesti pening nak cari barang kat rumah. Lagi satu benda penting, nak kena hantar application untuk buat Presentation nanti (dapatkan sain dari Supervisor 3 orang). Balik dari Fieldwork hari Sabtunya, ada Preliminary Defense Presentation Jumaat pula tuh. Ok. Masa untuk packing!.

4 comments:

  1. Lamanya tak jenguk blog awak! Wah dah berwajah baru, I loike!.
    Nak balik kg yek, balik senggarang? Hehehe sure happy! Enjoy yr trip!

    ReplyDelete
  2. saya pun lama tak gi sana. Belum sempat membaca cerita kat rumah sana. Haah. balik senggarang kejab. Thanks cik ikan..hehe

    ReplyDelete
  3. wahh..balik malaysia n bangkok ye? take care ne k.hanny. juga, ganbatte ne!

    ReplyDelete
  4. arigatou cik ume!. gambarimasu!

    ReplyDelete