Friday, June 04, 2010

Kakak


Setiap kali takde idea untuk presentation next week, mesti nak update blog. Ada dua presentation tapi entahlah takde mood nak buat. Camne nih....

Baru habis baca "Sisters". Ok gaklah cerita nih. Lepas habis baca teringat kat kakak sendiri. Kami 7 beradik, semuanya perempuan. Ada 4 kakak di atas yang semuanya perangai lain-lain. Waktu kami semua masih anak dara, kalau keluar ke mana-mana mesti mak dan abah risau. Telefon dan tanya kami ada di mana. Dekat 20 tahun rasanya tak cukup kumpul adik beradik.

Kakak yang pertama:
Biasalah yang sulung mesti pandai berdikari. Waktu kecil dahulu, dialah idola. Minat belajar di luar negara pun lepas tengok dia dapat buat degree di Australia. Agak tegas dan punya pendirian yang tetap. Antara empat orang kakak, dialah yang paling tak rapat dengan dengan adik-adik dibawah. Mungkin sebab dia lebih banyak bercakap sebagai yang paling tua dari mendengar.

Kakak yang kedua:
Mempunyai perangai yang lebih kurang sama dengan mak. Rajin memasak. Kuat membebel tapi suka berkongsi cerita dengan adik-adik waktu dahulu. Sekarang dah lama tak jumpa. Dulu, kalau ke rumah arwah embah (nenek belah mak), kakak yang inilah paling rajin bercakap bahasa Jawa dengan embah. Arwah embah tahu cucunya semua (kecuali kakak yang ini) tak boleh cakap Jawa, tapi dia tetap speaking dengan kami supaya kami tidak lupa dan sekurang-kurangnya boleh faham bahasa Jawa.

Paling happy-go-lucky dan berseni. Paling rapat dengan semua dan dulu ramai orang kata muka kami hampir serupa. Sekarang tak kot. Pandai simpan rahsia. Idola nombor dua. Selalu ambil sikap acuh tak acuh dengan keadaan sekeliling. Orang kata tak perihatin kalau takde kaitan dengan diri dia. Antara adik beradik yang lain, rasanya dia paling "bebas". Tak lut dek stress!. Dialah juga tempat gossip yang best!.

Kakak yang keempat:
Dihormati kerana ketegasannya, keperihatinan terhadap mak/abah dan terutama sekali, kedudukan kewangannya:). Walaupun dia kakak yang paling dekat dari jarak usia, tapi kami sebenarnya jauh dari segi kematangan dalam kerjaya. Mungkin sebab kakak yang ini dah banyak mengembara ke serata dunia, pengalaman banyak mengajar dia berurusan dengan manusia. Perangainya serupa seperti abah. Tidaklah pendiam tetapi sekali buka mulut, semua kena dengar. Barangkali takut atau malas mahu menyediakan hujah yang bernas. Hehe...

Tapi walau berbeza perangai sekalipun, genetik kami tetap serupa. Banyak perkara yang dah berlaku, baik dan buruk, mereka tetap kakak-kakak yang dihormati kerana lebih dahulu keluar dari perut mak. Rindu rasanya mahu berkumpul, mendengar celoteh setiap orang, mengimbas kembali kenangan waktu kecil, bergossip sambil bergurau tapi apakan daya kami semua tercampak ke negara yang berlainan. Kami semua mengambil laluan yang berbeza tapi "navigator" menunjukkan destinasi kasih yang sama; mak dan abah.

Alahai, bila nak buat reunion family nih?.....

* Lain kali, entri khas untuk adik paling bongsu. Hari tuh dah pernah cerita pasal adik nombor 6.

Gambar Kanmon Bridge di ambil dari Moji Mekari Shrine

No comments:

Post a Comment