Tuesday, June 01, 2010

Perpustakaan

Bermula dari bulan Jun hingga hujung tahun, setiap hari khamis ada tugas menanti sebagai ブックヘルパー(pustakawan) secara sukarela di perpustakaan sekolah Haziq. Dibandingkan dengan sekolah di Malaysia, perpustakaan di sekolah Haziq dan kalau tak silap di semua sekolah rendah di Kitakyushu, ianya hanya dibuka waktu subjek 国語(bahasa Jepun) sahaja. Maknanya, waktu rehat antara kelas, perpustakaan ditutup.

Tetapi mulai tahun ini, atas polisi "memupuk minat kanak-kanak sekolah supaya suka membaca buku", semua sekolah rendah di Kitakyushu akan membenarkan perpustakaan dibuka luar waktu subjek bahasa Jepun. Murid-murid sekolah boleh datang ke perpustakaan bila-bila masa sahaja. Bilangan buku yang boleh dipinjam pun tidak dihadkan.

Pertama kali masuk perpustakaan sekolah Haziq, terasa sikitnya buku yang ada. Kesemuanya buku berbahasa Jepun dan banyak buku berkaitan alam sekitar, sains dan teknologi. Tak nampak pun komik atau majalah. Tapi logik juga sebab murid sekolah pun tak ramai. Kurang dari 200 orang.

Ada 5 orang mak-mak yang join untuk jadi sukarelawan. Mula-mula PIC untuk program nih ajar bagaimana nak guna sistem bar code pada buku, macam mana nak baiki buku yang rosak dan macam mana nak hias perpustakaan mengikut musim. Menarik pula bila lepas tuh tengok ada banyak buku baru termasuk buku origami.

Lepas ini, bolehlah belajar untuk buka "Home Library". Kalau sistem perpustakaan ini bagus, boleh buka perpustakaan kecil untuk taman perumahan kat Bangi nanti. Kebanyakkan perpustakaan susah nak pergi sebab kena naik bas atau hanya ada di sekolah tapi macam mana kalau di masa akan datang setiap taman perumahan ada disediakan perpustakaan kecil untuk kanak-kanak datang membaca buku walaupun bukan hari sekolah. Macam menarik untuk orang yang "book-aholic". Boleh memupuk minat membaca di kalangan orang Malaysia kan!.

* teringat waktu kecil (20 tahun yang lalu). Pernah pergi ke perpustakaan daerah Batu Pahat yang sangat daif. Lantai papan, buku pun banyak yang lama dan suasana dalam perpustakaan nampak suram. Macam ada hantu ajer disebalik rak-rak buku!.

No comments:

Post a Comment