Hari isnin, 14 Julai 2008 ini birthday Irma so nak ucap Happy Birthday yang ke 30. Huhuhu..dah masuk 30 ker. Macam tak percaya jer kan. Tak lama lagi nak bersalin anak ke dua so nak ucap juga semoga semuanya selamat.
Kami adik beradik 7 orang semuanya perempuan. Waktu kecil-kecil dulu geng camping pondok daun pisang di belakang rumah, geng main cikgu-anak murid, geng main masak-masak, geng gaduh tarik rambut, geng mandi parit nih semuanya dengan Irma. Walaupun badannya kurus berbeza dengan kami adik beradik lain yang ada ++, Irma punya bakat besar. Bagilah apa sahaja barang, tak dinafikan dia memang kreatif men-transform-kan sesuatu itu jadi menarik. Terutamanya dalam bab-bab hantaran. Mungkin darah seni dari Abah mengalir sedikit - sedikit antara kami 7 orang. Bila masing-masing mula berjauhan sejak sekolah menengah, tak dinafikan kadang-kadang rindu nak gaduh main tarik rambut sama-sama.
Irma yang selalu berada di sisi Emak dan Abah sejak dahulu lagi lebih faham situasi di rumah dari kami yang jauh. Kadang-kadang ada rahsia yang dikongsi antara Emak dan Irma yang pasti membuatkan kami adik beradik lain cemburu. Tapi itulah kelebihan Irma di mata Emak dan Abah. Irma yang tidak pernah menyerah kalah, tidak pernah mengaku penat, tidak kisah menangis kesedihan, kegembiraan untuk keluarga......Irma yang sentiasa menyimpan kantung kecil berisi beras di sebelah.....:)
Irma,
Teruskan melangkah ke arah impian....
Usah hiraukan halangan yang datang.....
Kuatkan semangat dan cekal harapan...
Akak sentiasa menyokong Irma dari belakang.....
Best of luck!
-Akak-

No comments:
Post a Comment