Semalam Haziq ada 授業参観日, hari di mana ibu bapa boleh datang melawat kelas anak-anak untuk melihat suasana persekolahan mereka. Setiap bulan ada hari sebegini.
Haziq ditugaskan untuk membawa お知らせ(papan tanda yang ada ditulis program seterusnya) di hadapan tetamu yang datang. Jadi banyak kali jugalah dia keluar bawa signboard sambil beritahu apa program selepas itu. Mulanya malu-malu tapi lama kelamaan ok.
Tema untuk semalam ialah "suasana dalam kelas". Maknanya cikgu tidak terlibat langsung. Ada budak yang jadi cikgu ajar bahasa Jepun, cikgu ajar kelas muzik, cikgu ajar kelas 生活(kehidupan/ alam sekitar?), ketua kelas, dan berbagai tugas lagi.
Budak-budak darjah 1 yang waktu baru-baru masuk dulu, ada yang menangis, malu-malu nak ke depan, tak pandai susun ayat nak bercakap, semuanya semalam memang menampakkan perubahan yang ketara. Masing-masing dah boleh bercakap di khalyak ramai (walaupun mulanya malu-malu tapi comel sangat!!!!), pandai bermain alat muzik (serius pandai!!), dah boleh menyanyi (pitching tak lari...memang Jepun nih suka menyanyi) dan paling kagum bila sampai bab membaca karangan masing-masing.
Tajuk karangan ialah "2年生になったら..(bila saya jadi budak darjah 2 nanti, saya akan......)". Kebanyakkannya kata bila dah jadi darjah 2, saya nak dapat nombor satu waktu marathon. Ada yang kata saya akan jadi seorang pembersih dan saya akan lap lantai sekolah sampai berkilat!...
Haziq pula kata yang dia akan jadi nombor satu atau dua dalam marathon, pandai main ice-skating dan macam-macam lagi. Kiranya semuanya dia nak buat supaya jadi nombor satu atau dua.
Haziq, 成長したね。。

No comments:
Post a Comment