Monday, August 17, 2009

Camping di Tsunoshima 2009

Credit to Ahmad Ridzuan, Kyukodai. Pemandangan Tsunoshima dan jambatan bengkok yang menghubungkan Yamaguchi Prefecture dan Tsunoshima.

Semalam sampai rumah pukul 2 petang. Punyalah penat, mak bapak tertidur tapi Haziq dan Hazim masih aktif dalam rumah. Pelik sungguh tengok diaorang yang tak reti penat mandi laut. So ini dia cerita kami camping di Tsunoshima.

15 Ogos 2009 (sabtu)
Pukul 9 pagi dah bertolak ke Tsunoshima. Tengok cuaca, hujan!. Alamak, tak best la camping dalam hujan tapi sebab dah booking pergi jugalah. Perjalanan memakan masa dekat dua jam. Dalam perjalanan hujan kejab berhenti kejab turun. Sampai sahaja di tempat camping, terus register untuk dapat tapak dirikan khemah. Orang tak ramai sangat sebab hujan tapi nasib baik hujan renyai-renyai. Bagus juga orang tak ramai so bolehlah lepak-lepak dengan selesa.

Pemandangan dari tapak khemah kami

Bila nampak laut, Haziq dan Hazim tak sabar betul nak mandi. Lepas dirikan khemah, buka meja dan payung barulah boleh mandi laut. Dah puas mandi laut, naik atas, makan nasi lemak untuk tengahari. Selera betul sebab tepi laut dan semua dah lapar.

Haziq dan Hazim mandi laut

Pukul 3 petang barulah budak-budak Yamaguchi U sampai dalam 14 orang tak silap. Setengah jam kemuadian orang dari Kyuko U sampai dalam 10 orang, lepas ajak diaorang register, terus masing-masing pasang khemah. Biasalah kanak-kanak riang pantang jumpa laut, semua tak sabar nak mandi. Tengok-tengok kat tempat camping, orang dah takde. Semua pakat terjun laut yang memang betul-betul depan mata.

Dalam pukul 6 lebih, barulah dua lagi kereta budak-budak Yamaguchi U sampai. Ramai betul. Nasib baik kami ambil tapak khemah paling hujung jadi takde orang kacau langsung. Semua yang datang hampir 30++ orang campur keluarga kami. Malam tuh kami buat BBQ ramai-ramai. Rasanya paling sedap sotong fresh yang orang dari Kyushu bawa!!!. Tak lupa terima kasih pada semua yang bersusah payah bawa makanan!. Semuanya sedap!!. Sampai tak larat nak makan.

Malamnya pula masing-masing main bunga api. Dah jadi macam-macam budak-budak yang main bunga api time raya pula. Haziq dan Hazim pula dah penat dan lapar tapi sempat makan serta main bunga api sebelum masuk tidur. Yang lain sambung borak-borak sampai ke pagi. Ada yang tak tidur sebab sembang. Tahan betul diaorang nih!.

16 Ogos 2009 (Ahad)
Bila bangun subuh, tengok ada yang dah bangun untuk prepare sarapan pagi. Menu sarapan pagi ialah mee goreng, onigiri, sandwich dan lain-lain. Haziq bangun dulu dari Hazim dan minta mandi laut so belum makan pagi dah terjun masuk laut. Yang lain pun sama. Memang namanya camping tepi laut jadi aktiviti utama adalah mandi laut. Tapi best betul mandi laut di Tsunoshima. Sejuk!!!

Pukul 10 pagi dah kemas khemah sebab nak check out. Kami keluar dari tempat khemah pukul 11 setengah sementara yang lain masih sibuk mandi laut. Mesti masing-masing gelap sebab berjemur kat tepi pantai. Tak tahulah pukul berapa diaorang keluar dari pulau.

Sebelum balik kami singgah di menara api dan jalan-jalan sekitar pulau. Cuaca memang panas jadi ramai sangat orang datang. Lepas ajak Haziq dan Hazim makan aiskrim, kami bertolak balik pukul 12 tengahari. Makcik dah letih!. Yang bawa kereta pun letih juga!. Ayah, お疲れ様です!.


No comments:

Post a Comment