Saturday, February 24, 2007

Kita Kyushu City Library


(bangunan warna hijau kat belakang tuh library)

Hari tuh Ummi ajak Haziq dan Hazim ke library. Ummi suka sangat gi library nih sebab banyak buku cerita dalam English. Dalam kereta Haziq dan Hazim asyik tanya nak ke mana so Ummi bagi tahu nak ke toshokan (library). Nak pinjam buku cerita. Sampai kat sana, Ummi ajak pegi library kanak2. Library kat sini best. Ada banyak buku baru2 dan dalam English pun banyak. Ada library utk kanak2 juga. So first tempat yang Haziq dan Hazim pergi kat tempat buku keretapi. Terus ambik buku keretapi yang ada banyak kat situ.. Macam jumpa mainan. Seronok sangat. So Ummi pun duduk kat situ bacakan buku keretapi Thomas dan lain2 buku keretapi. Lepas tuh Ummi pinjam buku cerita Ummi. Dah sampai waktu lunch lak, Ummi ajak Haziq dan Hazim keluar picnic kat padang depan library. Apalagi Haziq dan Hazim bila tengok kawasan lapang suka betul. Tanya Ummi boleh tak nak main2 kat taman. Ummi kata kena makan dulu baru boleh. Then lepas makan, Haziq dan Hazim pun jalan2 kat situ. Jauh so Ummi panggil balik. Rupa-rupanya bila kata taman, Haziq ingatkan ada mainan macam gelongsor, buaian, tempat main2 tapi taman kat situ cuma padang sahaja.. Zannen (kecewa) betul...

No comments:

Post a Comment