Tuesday, February 20, 2007

Berjaya gak akhirnya!!

Semalam Ummi berjaya mendapatkan lesen jepun Ummi setelah 4 kali test.. Phergh..Penat betul nak ambik lesen kereta nih...Anyway, lepas nih legalah Ummi sebab boleh bawak kereta nak hantar Haziq dan Hazim ke sekolah dan macam2 kerja yang Ummi kena buat.. (lesen international nak habis tempoh).
Semalam gak Haziq dan Hazim suka betul balik dari sekolah sebab Ayah ada. Hazim cepat2 naik kereta duduk kat kerusi baru. Haziq pandai ajar Hazim pakai talipinggang keledar lagi ya..."Adik buat macam nih lepas tuh macam nih lepas tuh....". Hazim lak tak pandai pakai sendiri n tanggalkan tali pinggang so Haziq tolong.
Bila sampai rumah Ummi kasik Haziq main basikal tapi Haziq taknak lak sebab nak main keretapi. Malamnya Hazim buat hal. Ummi nak tidur sekejab sebab penat tapi Hazim kacau Ummi nak tidur so last2 Hazim tertidur sebelah Ummi tanpa makan malam.
Pagi2 lagi Hazim dah bangun. Mungkin sebab lapar. Cari roti dengan susu kotak. So Ummi teman Hazim makan. Ummi plan hari nih nak bawak Haziq dan Hazim ke library. Mesti suka tengok buku banyak2 kan....

2 comments:

  1. tahniah dah dpt lesen kereta. senangla nak bw haziq dan hazim jln2 nnt ek? sama ke prosedur nak dptkan lesen kereta kat msia dgn kat jepun tu?

    ReplyDelete
  2. nananisa:kat jepun nih kalau orang jepun sendiri susah dan mahal (dalam rm1500). Sampai lulus. Kalau foregner (kat sini panggil alien), cuma ambik written test dan test atas jalan kat dalam kawasan JPJ dia. Tapi sebabkan strict tuh yang kena ambik 2,3 kali.. ikut nasib. ada my fren sekali, 2 kali dah lepas..kat tokyo rasanya 10kali baru lepas ...

    ReplyDelete