Tuesday, May 24, 2011

Malam

Malam semalam ada mesyuarat semua AJK untuk PIBG sekolah Haziq dan Hazim. Memandangkan saya sebagai ketua Biro Pendidikan kenalah hadir untuk mesyuarat kali pertama. Oh ya, saya kalah O-Som sebab itu kena jadi ketua:-)

Satu perkara yang saya perasan ialah betapa semangatnya mereka (ibu bapa-kebanyakannya ibu) dalam merancang dan menjayakan aktiviti sekolah. 5 Jun ini adalah Hari Sukan jadi semua ahli kena bekerjasama dalam melancarkan program tahunan ini. Ahli Biro Pendidikan kena jaga tempat letak kereta dan periksa cuma kereta yang ada kebenaran saja yang boleh parking di kawasan sekolah. Lagi satu, bapa-bapa AJK kena hadir awal untuk dirikan khemah. Bukanlah kewajipan tapi kemestian. Huh, itulah yang disampaikan.

Untuk Biro Pendidikan ada beberapa program yang dirancang untuk tarik perhatian ibu bapa dan murid sekolah rendah nih. Antaranya, cara belajar buat "sugarcraft", belajar masak-masak, baca buku cerita beramai-ramai dan buat 門松(kadomatsu), sejenis perhiasan dari buluh untuk tahun baru di Jepun. Sudah semestinya sebagai ketua, pengagihan kerja perlu dilakukan dengan segera. Nasib baik dapat penolong dua orang yang ringan tulang. Seorang tuh surirumah sepenuh masa dan seorang lagi cuma "part-timer".

Nak masukkan satu program, Melawat Kilang Gula yang terletak di Moji tapi belum bincang dengan ahli yang lain. Setiap tahun, tak ramai peserta program yang disediakan oleh Biro Pendidikan jadi nak cuba buat satu kelainan pada tahun ini. Tengok dulu kalau boleh siapkan thesis awal. Kalau tidak nampak gaya kena bagi arahan senantiasa jer lah.

Gambar lama dari tadika Hazim.
Bintang? yang diperbuat dari pinggan kertas dan
tampal dengan kertas kilat-kilat.
Kreatif sangat!

No comments:

Post a Comment