Tuesday, February 01, 2011

Dengung

Tadi pertama kali bawa kereta naik highway lepas yang lubang bawah dah berganti baru. Walaupun dulu dah pernah tampal tapi tak berapa nak bertahan. Bunyi pun macam serombong kapal. Boleh lawan dengan bunyi kapal yang lalu kat selat depan rumah kami. Akhirnya kena juga tukar yang baru.

Bawa laju pun macam best sahaja. Bunyi bertambah 1dB sebab ada aksesori baru tapi dengungnya agak ketara bila bawa 2000 r/min ke atas. Tekan minyak pun smooth. Bila tengok meter, alamak..kejab jer dah terlaju. Polis Yamaguchi nih rajin main sembunyi-sembunyi. Silap haribulan ada jer di belakang, follow dekat.

Sampai Uni. tengok meter minyak pun turun sikit saja. Takdelah waktu berlubang dulu. Rasanya asyik isi minyak. Macam tangki minyak bocor ajer. Sepanjang jalan nak ke Uni. pula, kiri kanan masih ada salji sedikit. Sejuk bukan main. Kejab lagi nak siapkan kerja dan balik. Tak sanggup duduk tempat sejuk-sejuk nih.

No comments:

Post a Comment