Sunday, September 20, 2009

Cerita di hari raya

Wah, rindunya nak masuk blog dan menulis kat sini.....Sebelum itu, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua pembaca blog ini. Saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya ada kata-kata saya di dalam blog ini yang me-minisize-kan hati semua secara tidak sengaja mahupun tersengaja.....Ok, ini nak masuk cerita hari raya di Jepun.

Pagi-pagi lagi dah keluar nak pergi sembahyang raya kat Masjid Fukuoka. Haziq dan Hazim pun seronok nak pergi sembahyang raya. Sampai masjid dalam pukul 7:45 pagi, cari parking. Nasib baik sekitar masjid banyak parking.

Waktu sampai kat masjid, nampak orang tv tengah interview orang kat depan masjid. Ramai jugalah dalam masjid. Haziq dan Hazim ikut ayah ke dewan orang lelaki, dewan orang perempuan pula tingkat 2.

Masuk tempat orang perempuan takde langsung kelibat orang Malaysia. Yang ramainya orang Indonesia dengan orang belah Middle East sana. Ada juga orang Jepun yang kahwin dengan orang Indonesia. Memang terrer sungguh speaking bahasa Indonesia...

Bila dengar takbir raya buat pertama kali di masjid baru nih, terasa sayu ajer. Waktu sembahyang raya pula, imam baca surah lagilah terasa macam berada dunia yang lain. Sunyi dan sepi. Yang dengar hanyalah suara lantang imam sahaja.

Lepas habis sembahyang, makan sikit-sikit (tempat perempuan kat tingkat 3 tapi masuk-masuk punyalah ramai orang dalam bilik makan!!!!). Nak juga makan so kemas sikit-sikit atas meja, then jamah kuih syria kot pastu baru beraya ke rumah Abang Shamsul di Wakamatsu.

Lepas singgah rumah Abang Shamsul, kami beramai-ramai ke rumah Abang Halim + Kak Shah di Kokura. Lepas makan mee kari, jamah kuih raya sikit barulah balik rumah. Habis 1Syawal.

Esoknya, barulah warga Wakamatsu pula beraya ke Moji. Buat nasi briyani dan mee bandung banyak jugalah. Lepas makan-makan, kami ajak ke Mekari Park untuk jalan-jalan dan ambil gambar. Selamba sahaja semua yang perempuan dengan pakai baju kurung pergi jalan-jalan. Adalah Jepun-jepun semua dok tengok dari atas ke bawah. Huhu...Habis jalan-jalan, barulah diaorang balik terus. Begitulah habisnya 2 Syawal aka raya kedua kat Jepun nih.

Seronok betul tengok kat Facebook, gambar kawan-kawan beraya di perantauan. Macam meriah ajer:) .....

No comments:

Post a Comment