Sunday, March 08, 2015

Entri pertama dalam 2015

Setelah sekian lama sunyi sepi tanpa khabar berita, tiba-tiba terasa ingin update blog. Banyak yang berlaku. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi sejak bulan 9 tahun lepas hingga bulan 3 tahun ini, event yang tak boleh lupa dan memberi impact besar dalam hidup aku ialah Umrah bulan 12 hari itu. 

Alhamdulillah, berjaya mengerjakan Umrah buat pertama kali. Hantar Haziq, Hazim dan Fahim ke kampung Johor dan aku berdua bersama suami sahaja bertolak ke Mekah dan Madinah. Tak dapat digambarkan betapa tenang serta bertuahnya rasa diri ini bila berada di depan Kaabah. Waktu melihat Kaabah kali pertama, terasa diri ini kerdil, sekerdil-kerdilnya dengan kekuasaan Allah. Ramai sungguh umat ketika ini tetapi tidak terasa ramai kerana masing-masing sibuk membuat ibadah. Ada yang tawaf, membaca Al-Quran, solat sunat dan ada juga yang sibuk selfie. Masing-masing punya agenda sendiri. Tanpa gangguan dunia, hanya memikirkan ibadah sahaja waktu umrah ini. Bila balik, terus serabut dengan kerja di rumah dan di pejabat. Serabut dengan deadline sana sini. 

InshaAllah, selepas ini pasang niat untuk mengerjakan Haji sebelum umur 45 tahun. Rindu pula dengan suasana di Mekah dan Madinah. Kadang-kadang buka Saudi TV untuk tengok orang buat tawaf dan Saie di Mekah. Lepas juga rindu sekali sekala. 

Di hadapan Kaabah. Sentiasa penuh dengan manusia.

No comments:

Post a Comment