Friday, June 27, 2014

Ramadhan

Tinggal lagi satu hari untuk kita masuk bulan mulia, bulan Ramadhan. Kalau di Jepun, masa berpuasa memang panjang sebab jatuh pada musim panas. Teringat tahun terakhir kami berpuasa di Jepun. Alhamdulillah, waktu tu cuti musim panas jadi Haziq dan Hazim dapat berpuasa di rumah. Haziq dan Hazim cuma dibenarkan keluar pagi main di taman sebab belum panas lagi. Sahur pula pukul 3 pagi dan matahari naik pukul 5 tak silap. Kadang-kadang kami bangun bersahur nak kena senyap-senyap sebab jiran pernah kata agak bising di dapur pada awal pagi. Awalnya bangun dan macam-macam. So maknanya mungkin dia terganggu. Huhu. itulah cabaran di negara orang bukan Islam. Mereka selalu bertanya," tak mati ke kalau berpuasa di musim panas macam ni?. Takut dehydrate". Saya senyum dan terangkan tentang hikmah bersahur. Orang Jepun selalu suka kaitkan dengan sains jadi saya akan terangkan puasa dari segi sains juga. Alhamdulillah, mereka boleh terima dan kadang-kadang tidak makan di depan saya kalau ada perjumpaan komuniti.

Tahun lepas, buat kali pertama kami telah berpuasa di Malaysia dan yang tak boleh dilupakan sebulan saya di hospital kerana masalah dengan kandungan (waktu mengandungkan Fahim). Seminggu nak raya baru doktor release balik rumah dengan syarat lepas raya kena datang balik hospital. Kasihan bila balik rumah tengok Haziq dan Hazim kurus sebab berpuasa dan bersekolah pada waktu yang sama. Alhamdulillah diaorang dapat berpuasa penuh. InshaAllah tahun ini, saya berdoa supaya kami sekeluarga dapat melalui bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan dan dapat melakukan ibadah yang lain. Ramadhan Mubarak untuk semua!!

Display makanan di bahagian depan restoren Jepun. Menarik kan walaupun bukan makanan betul.

2 comments:

  1. welcome backk! rasanya lama dah akak tak update blog ni hihih.
    Happy Ramadhan kakk.. moga dipermudahkan segala urusan ibadah.

    lately malaysia pun dah ada yg buat display macam ni... mmg oishisouuuni mieru ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. arigato izan!. Salam Ramadhan utk Izan sefamily ya. Jemput beraya ke rumah akak kat Bangi nanti. hehe.

      Delete